web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2025 7:14PM

Fokus perlu diberi kepada usaha meningkatkan kualiti badminton negara - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Namanya disebut-sebut sebagai calon terbaik untuk menyandang portfolio Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM). 

Kredibilitinya dalam sukan berkenaan tidak perlu dipertikaikan, namun hakikatnya Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos masih belum memberikan sebarang keputusan rasmi. 

Ketika berita ini ditulis, beliau masih tidak memberikan sebarang kata putus sama ada akan bertanding merebut jawatan terbabit atau sebaliknya. 

Bagi Jaharbedeen yang ketika ini menyandang kerusi Timbalan Presiden, fokus utama ialah meningkatkan kualiti dan prestasi keseluruhan BAM menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada April.

Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos - Gambar fail
Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos - Gambar fail

Beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) berkata, sebarang ‘cakap-cakap’ mengenai pertandingan jawatan Presiden itu tidak perlu dijadikan isu utama ketika ini. 

“Lebih baik kita tumpukan perhatian untuk meningkatkan kualiti kerja di BAM, khususnya untuk dua bulan akan datang.

“Itu adalah fokus utama saya, untuk meningkatkan kualiti sukan badminton Malaysia. Soal sama ada saya akan bertanding merebut jawatan Presiden BAM, tidak perlu ditimbulkan,” katanya. 

Tidak dapat dinafikan, portfolio Presiden BAM adalah ‘kerusi panas’ yang menjadi idaman banyak pihak, malah Naib Presiden BAM, Datuk Seri Khairudin Samad sendiri menyatakan hasrat untuk bertanding. 

Kerusi Presiden kosong susulan peletakan jawatan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Ogos tahun lalu. 

Mohamad Norza Zakaria - Gambar fail
Mohamad Norza Zakaria - Gambar fail

Buat masa ini, portfolio berkenaan dipangku Datuk V. Subramaniam.

Ditanya mengenai barisan kepimpinan baharu BAM selepas ini, Jahaberdeen berkata, siapapun yang bakal dipilih diharapkan lebih memberi keutamaan terhadap pembangunan akar umbi dan memperkasa ekosistem badminton negara 

Tegasnya, barisan pemimpin kanan persatuan wajib memberi tumpuan kepada kebajikan pemain dan jurulatih, selain memastikan tadbir urus yang baik dalam BAM.

“Banyak yang perlu dilakukan. Presiden seterusnya mestilah seorang yang akan terus menambah baik kerja yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu, memberi tumpuan kepada kebajikan pemain dan jurulatih serta memastikan BAM beroperasi dengan tadbir urus yang baik.

"Saya harap kita melihat calon yang boleh memartabatkan sukan ini ke tahap yang lebih tinggi," katanya. - Getaran, 18 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar