web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2024 3:15PM

Pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 malam tadi. – Gambar Badminton Association of Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyifatkan kemenangan itu bukan sahaja menamatkan penantian pingat buat negara di temasya sukan itu, malah mengulangi pencapaian sama mereka di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Semasa berada di Himpunan Pembebasan Palestin yang bertempat di Stadium Axiata Arena, saya telah menerima perkhabaran gembira dari Paris, pasangan beregu badminton negara berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

"Kemenangan ini amat bermakna buat Kontinjen Malaysia apabila mereka berjaya menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dengan keputusan 16-21, 22-20, 21-19.

"Anda berdua telah membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi, kejayaan pasti dapat dicapai. Kami di Malaysia berasa amat bangga dengan pencapaian anda. Anda telah mengharumkan nama negara di pentas dunia dan menjadi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut mengucapkan tahniah atas kejayaan atlet negara dalam meraih pingat pertama di Paris.

"Terima kasih Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Kita Semua Team MAS," kata Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menerusi hantaran di laman Facebook.

Turut berkongsi ucapan tahniah kepada pasangan beregu badminton negara itu adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Timbalannya, Teo Nie Ching; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Malam tadi, gandingan Aaron-Wooi Yik yang ketinggalan 16-20 pada set kedua menentang pasangan dari Denmark, berjaya mengejar empat mata untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum memenangi aksi penentuan gangsa 16-21, 22-20, 21-19 di Porte de La Chapelle Arena. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Shah Firdaus Sukar Terima Hakikat Terlepas Peluang Raih Pingat

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad