web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni, Nicol David Dan Chong Wei Gamatkan Suasana Penutup SUKMA Ke-20

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 7:14AM

Faizal (empat, kanan) bergambar bersama juara keseluruhan Johor pada Majlis Penutup SUKMA 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 melabuhkan tirainya secara rasmi pada satu majlis cukup meriah menandakan tamatnya temasya sukan dwitahunan itu dengan kontinjen Johor dinobatkan selaku juara keseluruhan.

Johor mencipta sensasi apabila meraih gelaran juara sulung dengan membawa pulang 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa, sekali gus mengatasi 14 kontinjen lain termasuk juara bertahan, Terengganu (64 emas, 49 perak dan 56 gangsa) di tempat kedua serta Wilayah Persekutuan (55 emas, 68 perak dan 64 gangsa) di tempat ketiga.

Pada majlis berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi, majlis dimulakan dengan ketibaan maskot Sukma, Oyen diikuti perarakan masuk 15 kontinjen negeri bertanding termasuk Brunei selalu kontinjen jemputan.

Lebih 2,000 atlet dan pegawai hadir bagi memeriahkan majlis penutupan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu.

SUKMA ke-20 yang bermula secara rasmi pada 16 September lepas mempertandingkan sebanyak 426 acara iaitu 223 acara lelaki, 184 wanita dan 19 campuran yakni jumlah acara terbanyak dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu setakat ini.

Semasa berucap pada majlis penutup itu, Ahmad Faizal berharap supaya penganjuran SUKMA akan datang bakal melibatkan lebih banyak acara yang tidak dipertandingkan pada temasya edisi kali ini.

“Ini penting bukan sahaja untuk menaikkan semangat para atlet tetapi juga dapat memartabatkan lagi acara-acara sukan yang terlibat.

“Jadi mari kita sama-sama doakan lebih banyak acara dapat dipertandingkan pada SUKMA akan datang,” katanya.

Majlis itu kemudian digamatkan lagi dengan penampilan tiga legenda sukan negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David yang menyampaikan trofi kepada atlet lelaki dan wanita terbaik serta juara keseluruhan SUKMA.

Pada majlis itu, atlet lelaki dan wanita terbaik SUKMA masing-masing dibolot atlet Johor menerusi Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize bagi sukan kanu dan atlet renang Tan Rouxin.

Muhammad Fakhrullah meraih gelaran itu selepas merangkul sebanyak sembilan pingat emas antaranya menerusi acara K2 200meter (m), 500m dan 1000m sementara Rouxin meraih enam emas antaranya dalam saingan 50m, 100m dan 200m kuak dada.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menurunkan bendera temasya sebelum penonton dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis antaranya Faizal Tahir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Jangan Bersedih Pearly-Thinaah, Kamu Adalah ‘Olympian’ Dan Harapan Negara’ - Nicol 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Saya Ambil Risiko Sekali Lagi Demi Negara Tercinta - Mohd Azizulhasni

4

Sukan 3 tahun yang lalu

KBS Percaya BWF Ada Sebab Kukuh Beri Pengiktirafan Kepada Chong Wei

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar