web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 8:20AM

Pemain profesional negara, Lee Zii Jia. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHENGDU - Pemain profesional negara, Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri menjelang saingan suku akhir Piala Thomas 2024, selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen hari ini.

Pemain di ranking ke-10 dunia itu berkata, masih terdapat jurang antara beliau dan Axelsen yang menyaksikan jaguh dari Denmark itu menang 21-16, 24-22 dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D, menyaksikan Malaysia tewas 2-3.

"Perlawanan hari ini banyak kena perbaiki lagi. Saya juga letak sasaran peribadi terlalu tinggi dan menjangkakan saya bermain lebih bagus hari ini.

"Semua tahu dua tiga tahun kebelakangan ini, saya mengalami prestasi yang turun naik dan bergelut mencari rentak diri. Saya tidak berpuas hati dan masih banyak boleh diperbaiki," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui keliru dengan panggilan kontroversi oleh hakim servis yang mendakwa beliau melakukan spin serve ketika mendahului 19-15 pada set kedua.

Bagaimanapun, Aaron berkata, tumpuan mereka tidak terjejas dengan kontroversi berkenaan dan mengakui mendahului dengan kedudukan selesa membuatkan mereka lebih tenang untuk menyumbang mata pertama buat Malaysia dengan kemenangan 17-21, 21-17, 21-16.

Teknik spin serve atau servis putaran bulu tangkis dilarang sementara di semua kejohanan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), iaitu teknik pemain memegang bulu tangkis dan menguisnya dengan jari hantu sebelum memukul dengan raket yang menambah putaran dan menyukarkan lawan membalas pukulan.

Nur Izzuddin Rumsani yang bergandingan dengan Goh Sze Feri untuk mata kedua skuad negara berharap mereka dapat meneruskan rentak kemenangan hari ini, pada saingan suku akhir nanti.

Pemain perseorangan di ranking ke-233 Justin Hoh yang mempamerkan aksi membanggakan apabila tidak memberikan jalan mudah kepada Rasmus Gemke sebelum tumbang 13-21, 21-19, 13-21 kepada pemain di ranking ke-26 itu mengakui mendapat pengajaran bermakna dalam aksi berintensiti tinggi.

Pemain berusaia 20 tahun itu turut mengakui pada set ketiga, beliau sukar menandingi kepantasan Gemke, sekali gus akur tidak dapat menyumbang mata kemenangan buat pasukan negara.

Malaysia yang sudah mengesahkan tempat di suku akhir, memulakan kempen Piala Thomas 2024 dengan bergaya selepas meraih kemenangan 5-0 masing-masing menewaskan Hong Kong pada Sabtu dan Algeria pada Isnin.

Denmark pula bermula dengan rentak kemenangan mengatasi Algeria pada Sabtu dan Hong Kong pada Isnin, masing-masing kemenangan 5-0.

Piala Thomas 2024 berlangsung sehingga 5 Mei. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad