web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 9:29PM

Lee Zii Jia menewaskan Anders Antonsen dari Denmark selepas bertarung selama 84 minit . – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekas juara Kejohanan Badminton All England Lee Zii Jia mara ke separuh akhir Malaysia Masters 2024 selepas tiga tahun dengan menyingkirkan kawannya Anders Antonsen dari Denmark, hari ini.

Masih segar daripada memenangi kejuaraan Terbuka Thailand minggu lepas, pemain ke-10 dunia Zii Jia, yang diberi sokongan padu penyokong tuan rumah, mencatat kemenangan 21-15, 19-21, 21-11 setelah bertarung selama 84 minit menentang juara Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini.

Ia hanyalah kemenangan ketiganya menentang pemain nombor empat dunia Antonsen dalam lapan pertemuan antara mereka dengan kemenangan pertama diperolehi dalam Kejohanan Malaysia Masters 2020.

Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.

Pencapaian terbaik Zii Jia yang berusia 26 tahun dalam Malaysia Masters adalah peringkat separuh akhir pada 2020 apabila dia tunduk kepada juara pertandingan itu Kento Momota, manakala dia mara ke suku akhir pada 2019.

Bagaimanapun, kempennya berakhir awal dalam edisi lain apabila tersingkir di pusingan pertama pada 2017 dan pusingan kedua pada 2018 dan 2023, dia tidak mengambil bahagian pada 2022, manakala pada 2021 pertandingan itu telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19. 

Tetapi penyertaan Zii Jia di separuh akhir masih tidak dapat ditentukan kerana pemain itu mengalami kekejangan kaki dan badan pada perlawanan hari ini.

Pengurusnya Lee Zii Yii berkata, Zii Jia melakukan rawatan mandi ais di Institut Sukan Negara (ISN) sejurus tamat perlawanan dan keadaannya akan dinilai pagi esok.

"Tadi selepas set kedua, boleh dilihat beliau memanggil pegawai perubatan sebab otot menjadi kejang dan letih kerana baru balik dari Thailand, manakala semalam, beliau juga harungi perlawanan yang sengit (menentang Kiran George dari India).

"Sekarang dia mengalami kejang kaki...berdiri, duduk, berjalan pun sakit. Jadi kami menghubungi Majlis Sukan Negara (MSN) menanyakan sama ada dia boleh melakukan mandi ais atau tidak dan sekarang kami telah menghantarnya untuk mandi ais dengan segera sebelum tempat itu ditutup.

"Kami mencuba sebaik mungkin untuk membiarkan dia pulih sebanyak yang boleh, jadi kita akan lihat bagaimana kondisinya kerana beliau baru sahaja menghabiskan perlawanan. Saya tidak dapat kata apa-apa lagi, sebaik sahaja dia bangun, kita akan nilai keadaannya," katanya kepada pemberita. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pengantin Baharu Soon Huat-Shevon Muncul Juara Masters Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad