web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 3:20PM

Lee Zii Jia – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada kejohanan Terbuka Singapura 2024 akibat kecederaan hamstring yang dialami selepas menyertai dua kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Thailand 2024 dan Masters Malaysia 2024.

Ini menyaksikan juara bertahan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia yang dijadual menentang Zii Jia pada pusingan pertama hari ini diberikan kemenangan percuma dan mara ke pusingan kedua untuk bertemu seorang lagi perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao, esok.

Team LZJ dalam kenyataan di akaun X hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat perubatan, selain memberi tumpuan kepada proses rehabilitasi.

"la satu keputusan yang sukar untuk menarik diri dari Terbuka Singapura, tetapi selepas penilaian perubatan di Singapura, Zii Jia dinasihatkan untuk tidak mengambil bahagian kerana kecederaan hamstring yang dialami semasa Terbuka Thailand dan Masters Malaysia," menurut kenyataan itu.

Terbuka Thailand berlangsung pada 14 hingga 19 Mei lepas diikuti Masters Malaysia pada 21 hingga 26 Mei manakala Terbuka Singapura yang bertaraf Super 750 membuka tirai semalam hingga 2 Jun ini.

Sementara itu beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengambil masa hanya 33 minit untuk menumpaskan B. Sumeeth Reddy-Sikki Reddy dari India, 21-18 dan 21-19.

Juara Masters Malaysia 2024 itu seterusnya akan bertemu pasangan nombor satu dunia Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China pada pusingan kedua, esok.

Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Soon Huat-Shevon pernah ditewaskan 11 kali oleh pasangan berkenaan iaitu di Indonesia Masters 2018, Jelajah Dunia Akhir 2018, Masters Indonesia 2019, Terbuka Perancis 2019 dan Terbuka Fuzhou China 2019.

Mereka juga ditumpaskan di Masters Malaysia 2020, Masters Malaysia 2022, Terbuka Denmark 2022, Terbuka Malaysia 2023, Terbuka India 2023 dan Kejohanan Badminton Asia Dubai 2023. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Aaron-Wooi Yik 'Mandi Peluh' Sebelum Ke Pusingan Kedua Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 11 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad