web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 8:42AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Atlet pelayaran negara Nur Shazrin Mohamad Latif kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis baru-baru ini.

Atlet berusia 26 tahun itu memberi bayangan tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' diberikan oleh pasukan perubatan berikutan tiga jarinya iaitu jari tengah, manis dan kelengkeng tidak dapat digunakan dengan baik.

Menurut Nur Shazrin, ini adalah kecederaan kali kedua selepas Sukan Asia Hangzhou 2022.

"Saya ada (sakit) ligamen (dan) saraf tersepit. Lepas suntikan pun (tidak baik). Jadi balik baru jumpa doktor. Kali pertama dulu siku, kemudian pergelangan tangan dan sekarang melarat tiga jari, jadi tak boleh nak genggam dan kebas.

"Sudah tentu ia ganggu (sebab) tangan kanan dan kali ini setiap hari kekuatan angin 25 knot, jadi agak bergelut dengan tangan (sampai) tiga hari. Hari keempat tak boleh guna (sebab) tak boleh nak genggam," katanya kepada pemberita selepas pulang dari kejohanan di Perancis itu, semalam.

Menurut atlet kelahiran Johor itu, pemeriksaan lanjut akan dijalankan selewat-lewatnya pada 17 atau 20 Mei ini.

Beliau yang mengutamakan kesihatan diri pasrah jika terpaksa melepaskan peluang ke Paris, namun berjanji akan kembali lebih bersemangat untuk memburu slot ke temasya di Los Angeles 2028.

Terdahulu, Nur Shazrin mengesahkan tiket ke Paris 2024 selepas meraih pingat emas di China dalam kategori Handed Dinghy ILCA 6.

Untuk rekod, Nur Shazrin menduduki tempat ke-33 pada penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Rio 2016 dan tempat ke-26 di Tokyo 2020. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Nur Shazrin Sedia Korban Sambutan Ramadan, Aidilfitri Demi Olimpik

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad