web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 4:30PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Jaguh lari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada bulan hadapan.

Menurut anak jati Perak itu, dengan usianya yang masih muda, kini berumur 20 tahun, beliau berpandangan perjalanan kariernya masih jauh dan akan terus berusaha mengejar impiannya untuk beraksi pada edisi 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Andai kata saya tidak terpilih ke Olimpik Paris walaupun menggunakan tiket wildcard, saya sedikitpun tidak akan rasa terkilan atau kecewa kerana bagi saya mana-mana pihak yang buat keputusan itu merupakan pilihan yang terbaik.

"Apa-apa keputusan saya akan terima dengan hati yang terbuka. Jika saya tidak ada peluang bertanding di Olimpik Paris pada tahun ini, sudah pasti sasaran saya adalah LA2028.

"Pada waktu itu saya sudah berusia 24 tahun, insya-Allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk berlari. Jadi pada umur tersebut, saya akan berada pada tahap terbaik," katanya ketika ditemui di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sebelum ini, Azeem terlepas tiket untuk layak secara merit, baik menerusi had kelayakan mahupun kedudukan ranking apabila gagal menjuarai acara 100m lelaki di Terbuka Kazakhstan di Almaty pada Sabtu.

Pada kejohanan itu, beliau menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan catatan masa 10.37 saat (s) di belakang pemenang emas, Puripol Boonson dari Thailand 10.23s dan Kayhan Ozer dari Turkiye 10.25s.

Dalam pada itu, Azeem ketika ditanya berkenaan perancangannya jika gagal mendapatkan tiket wild card beraksi di temasya berprestij itu, beliau berkata fokusnya akan tertumpu kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak Ogos depan.

Menurut pemegang rekod kebangsaan acara 100 m itu, beliau tidak kisah sekiranya dilabel sebagai 'jaguh kampung' memandangkan niatnya adalah untuk membalas budi jasa buat negeri kelahirannya yang banyak membantu dalam perkembangan kariernya.

"Jika anda tanya saya, saya mahu bantu Perak, kerana MSN Perak banyak bantu saya sejak saya kecil lagi. Walaupun ketika itu saya berusia 14 tahun, MSN negeri banyak bantu saya dan berikan saya bantuan dari segi peralatan latihan, tempat penginapan, seperti SUKMA sebelum ini di KL dan Perak.

"Ini adalah kisah budak Teluk Intan yang mempunyai impian besar. Jika ada peluang mewakili Perak di SUKMA, saya akan lakukan terbaik. Misi utama adalah untuk memburu dua pingat emas dalam acara 100m dan 200m," katanya yang akan beraksi di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Malang dan Surabaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Nur Shazrin Sedia Korban Sambutan Ramadan, Aidilfitri Demi Olimpik

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad