web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rashid Simpati Nasib Tze Yong

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 4:31PM

Datuk Rashid Sidek. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berasa simpati dengan nasib dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang terpaksa melupakan hasrat membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik edisi 2024 di Paris.

Pemenang pingat gangsa edisi 1996 di Atlanta itu berkata, 'mimpi buruk' dialami Tze Yong adalah satu kerugian buat negara yang tidak dapat menyenaraikan dua wakil dalam acara perseorangan lelaki pada temasya empat tahun sekali itu.

"Kalau saya tak dapat pergi ke Olimpik pun rasa kecewa tetapi nak buat macam mana kerana tiada rezeki untuk Tze Yong ke sana.

"Memang ada rasa rugi kita tiada dua wakil di Paris nanti. Saya percaya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebolehnya mahu ada dua wakil tapi mahu tidak mahu kita harus terima hakikat ini dan fokus bantu Tze Yong persiapkan diri untuk kejohanan seterusnya sehingga Sukan Olimpik (Los Angeles 2028)," katanya kepada BERNAMA.

Ditanya sama ada penampilan di Los Angeles 2028 agak terlalu lewat buat pemain berusia 23 tahun itu menjejakkan kaki ke temasya Olimpik, Rashid menolak tanggapan sedemikian kerana faktor umur bukan kayu pengukur kepada kejayaan seseorang pemain di pentas sukan berprestij dunia.

Katanya, beliau menyumbang pingat buat negara di Atlanta 1996 sewaktu berusia 28 tahun, manakala juara edisi tersebut iaitu Poul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark juga mengecap kejayaan membanggakan buat negaranya pada umur 30 tahun.

"Sama seperti Datuk Lee Chong Wei, kali terakhir beliau menang pingat perak (Rio 2016) pun waktu itu berumur 33 tahun. Apa yang penting bergantung kepada seseorang pemain itu, jika rasa umur 30 tahun masih boleh bermain, terpulang padanya," katanya.

Justeru, bekas pemain negara berusia 55 tahun itu berharap Tze Yong dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pemulihan susulan pembedahan di bahagian belakang baru-baru ini sebelum benar-benar bersedia kembali ke gelanggang.

Beliau berkata, pemain di ranking ke-18 dunia itu juga tidak boleh terburu-buru dan memaksa diri untuk segera beraksi bagi mengelakkan situasi lebih buruk menimpanya pada masa depan.

"Jagalah kesihatan dahulu, jika sudah pulih sepenuhnya boleh mulakan balik latihan penuh kerana kecederaan ini agak serius. Jangan paksa diri, jika semakin teruk nanti dikhuatiri boleh sampai tahap tidak boleh berjalan," katanya.

Semalam, BAM mengesahkan impian Tze Yong beraksi ke Sukan Olimpik 2024 terkubur selepas pemain ranking ke-18 dunia itu masih belum bersedia meneruskan latihan serta pertandingan peringkat tinggi yang berisiko memburukkan lagi kecederaan belakangnya.

Justeru, BAM memaklumkan pakar bedah, ahli fisioterapi, jurulatih dan Tze Yong sendiri telah bersetuju pemain kelahiran Johor itu belum bersedia secara fizikal untuk Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China pada 9 hingga 14 April ini yang menjadi medan terakhir buatnya layak ke Paris 2024.

Pemenang pingat perak perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2022 itu dijadualkan memulakan kempen BAC 2024 menentang pemain Taiwan, Wang Tzu Wei.

Tze Yong, yang berehat daripada sebarang aksi sejak Februari lalu, telah terkeluar daripada senarai kedudukan 16 pemain teratas dalam Race to Paris menjelang tarikh akhir kelayakan pada 28 April ini.

Pemain profesional, Lee Zii Jia berada dalam kedudukan terbaik untuk beraksi buat kali kedua di pentas Olimpik selepas Tokyo 2020 apabila menduduki tangga ke-10 dalam carta Race to Paris dengan memungut 68,296 mata.

Sesebuah negara hanya boleh menghantar dua wakil bagi acara perseorangan, jika kedua-dua pemain berada pada kedudukan 16 teratas dalam ranking Race to Paris.

Sukan Olimpik 2024 dijadual membuka tirai secara rasmi pada 26 Julai dan berakhir 11 Ogos ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad