web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Presiden Palestin Rakam Terima Kasih Kepada Kepimpinan, Rakyat Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 4:56PM

Mahmoud Abbas (tengah) berbual bersama Mohamad Hasan di Riyadh, semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu dizahirkan Abbas ketika mereka bertemu di Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.

"Beliau minta sampaikan salam terima kasih rakyat Palestine kepada seluruh rakyat Malaysia" menurut Mohamad dalam catatan di laman Facebooknya.

Beliau kini berada di Riyadh untuk mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri Mesyuarat Khas WEF.

Menerusi satu catatan berasingan, Mohamad turut berkongsi mengenai pertemuan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Pakistan Mohammed Ishaq Dar di WEF.

"Dalam perbincangan, kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat agar Malaysia dan Pakistan mengukuhkan lagi hubungan dua hala melalui kerjasama sedia ada dan meneroka bidang kerjasama lain yang berpotensi.

"Saya juga sempat mengucapkan tahniah kepada Ishaq Dar atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Pakistan berkuat kuasa semalam," kata Mohamad.

Sementara itu, Kementerian Luar Pakistan dalam hantaran di platform X berkata pemimpin negara itu telah mengkaji semula hubungan dua hala dan bersetuju untuk menggalakkan pertukaran peringkat tinggi antara Pakistan dan Malaysia.

Menurut hantaran itu, Pakistan dan Malaysia juga bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan dan ekonomi, budaya serta pertukaran rakyat dengan rakyat semasa mesyuarat itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pembunuhan Ismail Haniyeh Undang Ketegangan, Perang Di Gaza Lebih Membarah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar