web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembunuhan Ismail Haniyeh Undang Ketegangan, Perang Di Gaza Lebih Membarah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2024 4:00PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dilihat akan mengundang ketegangan dan membuurukkan situasi di Gaza yang sedia bergolak.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyampai penerangan berhubung pendirian Malaysia terhadap insiden itu berkata, pembunuhan tersebut akan mengheret pelbagai negara di Asia Barat ke kancah peperangan.

“Keadaan di Timur Tengah (Asia Barat) pada waktu ini adalah sangat meruncing dan amat sukar untuk dibendung daripada merebak setelah pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin utama Palestin.

“Negara yang terdampak, pasti akan bertindak balas dengan lebih keras setelah kedaulatannya tercabar dengan tindakan pembunuhan secara terancang di dalam sempadan negara yang berdaulat,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Menurut beliau, pembunuhan itu  jelas membuktikan ada pihak langsung tidak berminat untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, apatah lagi mewujudkan keamanan yang kekal.

“Yang terbunuh kali ini bukan sahaja sekadar pimpinan utama Palestin, tetapi prospek untuk keamanan. 

“Bagaimana mungkin usaha gencatan senjata dapat diteruskan apabila pemain dan perunding utama gencatan senjata tersebut dibunuh dengan kejam,” katanya.

Mohammad yang dilihat sebak ketika menyampaikan penerangan itu berkata, Malaysia juga mahu keadilan diambil ke atas pembunuh Allahyarham Haniyeh.

“Semestinya kita menghendakkan supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Almarhum Ismail Haniyeh dihadapkan ke muka pengadilan.

“Malaysia yakin bahawa pihak berkuasa Republik Islam Iran berupaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketahui ramai memiliki hubungan akrab dengan Allahyarham Haniyeh mengutuk pembunuhan itu dan menyifatkan ia sebagai tindakan sangat tragik dan kejam.

Tegasnya, serangan ke atas Haniyeh itu jelas bertujuan mahu menggagalkan rundingan sedang berlangsung bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza yang telah meragut lebih daripada 40,000 nyawa. 

Haniyeh, 62, maut dalam serangan ke atas kediamannya di Tehran, Iran semalam.

Turut terkorban dalam pembunuhan didakwa dilakukan Israel itu ialah seorang pengawal peribadinya. – Getaran, 1 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Himpunan Pembebasan Palestin Bukti Rakyat Malaysia Terus Bersolidariti Bersama Palestin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Pembunuhan Ismail Haniyeh Perbuatan Kejam, Mahu Gagalkan Rundingan Damai’ - PM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar