web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2024 11:18AM

Hantaran Perdana Menteri di Facebook yang diturunkan Meta - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gergasi media sosial, Meta diingatkan agar tidak membiarkan diri mereka menjadi boneka rejim Zionis dan bersikap bacul dalam tindakan diambil.

Memberi ingatan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras berkata, tidak seharusnya Meta menjadi perkakas rejim zalim Israel.

Menurut beliau, Meta sekali lagi bertindak biadab dan menghina perjuangan rakyat Palestin apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah susulan kematian pemimpin utama Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh.

“Tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya,” tegasnya.

Perdana Menteri menyatakan demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Kenyataan sama turut dimuat naik di Instagram dan akaun X rasmi beliau.

Kandungan di Instagram yang diturunkan - Gambar Instagram
Kandungan di Instagram yang diturunkan - Gambar Instagram

Semalam, Anwar yang diketahui ramai memiliki hubungan akrab dengan Allahyarham Haniyeh  berkata, pembunuhan Ketua Biro Politik Hanas itu ialah tindakan sangat tragik dan kejam.

Tegasnya, serangan ke atas Haniyeh itu jelas bertujuan mahu menggagalkan rundingan sedang berlangsung bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza yang telah meragut lebih dari 40,000 nyawa. 

Perdana Menteri berkata, pembunuhan besar-besaran ini hanya boleh berlaku kerana ada tanggapan bahawa tidak ada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan dan dihukum. 

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas saudara Ismail Haniyeh. 

“Hanya mereka yang tiada sifat kemanusiaan sahaja yang tidak menyedari keperluan untuk meningkatkan tekanan terhadap rejim biadab Zionis Israel bagi menghentikan pembantaian,” katanya.

Haniyeh, 62, maut dalam serangan ke atas kediamannya di Tehran, Iran semalam.

Turut terkorban dalam pembunuhan didakwa dilakukan Israel itu ialah seorang pengawal peribadinya.

Pada 10 April lalu, tiga anak dan cucu Allahyarham Haniyeh maut ketika sedang menaiki kereta untuk melawat saudara mara mereka di kem pelarian Al-Shati di utara Gaza, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. - Getaran, 1 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad