web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

Drama ini juga telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 4:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bahang drama Samarinda: Lelaki Itu, kini semakin menghampiri penghujung. Drama bualan ramai ini mengundang pelbagai reaksi penonton, sekali gus mencipta fenomenanya tersendiri.

Ramai yang sanggup tidak ke mana-mana bagi menantikan episod terbaharu dan malam ini adalah puncaknya. Nantikan kesudahan keluarga Syed Mirza pada jam 10 malam ini, hanya di TV3. 

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan oleh TV3, episod terakhir pada malam ini dijangka meraih lebih 4 juta tontonan.

Malah, sehingga kini, drama Lelaki Itu telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial serta respon positif daripada orang ramai kerana jalan cerita yang sarat dengan mesej yang memberi pengajaran, terutamanya apabila menyentuh tentang isu faraid.

Drama Lelaki Itu adalah hasil karya penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima dan arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif.

Ia dibarisi oleh pelakon-pelakon terkemuka tanah air seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian dan Sophia Al-Barakbah.

Apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya. Itulah pembuka kisah drama bersiri Lelaki Itu yang telah menjadi bualan hangat di sosial media dan turut menjadi drama nombor 1 di Tonton.

Lelaki Itu adalah tentang Syed Mirza (Datuk Adi Putra) yang telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh.

Mereka dikurniakan tiga anak perempuan. Namun, kehidupan rumah tangga mereka tidak seperti yang diidamkan. Sharifah Qaidah berkelakuan seperti ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong.

Keluarga Qaidah semakin berpecah-belah selepas Syed Mirza meninggal dunia. Banyak perkara yang mula terdedah dan segalanya tidak terjangka.

Malam ini pastikan temujanji anda untuk menonton episod akhir Lelaki Itu menerusi di slot Samarinda, TV3, jam 10 malam. Selain itu, boleh juga strim secara eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my. – Getaran, 29 April 2024

Foto : TV3

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang