web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Pemain Ragbi Kedah Maut Selepas Rebah Pada Perlawanan Pertunjukan Dengan MB Kedah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 12:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang bekas pemain ragbi pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Kedah meninggal dunia setelah rebah ketika menyertai perlawanan pertunjukkan antara pasukan pilihan Menteri Besar dan Pilihan AOR sempena Kejohanan Ragbi Pra-SUKMA AOR di Stadium Suka Menanti semalam.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Ragbi Online, Allahyarham Ahmad Zainol Osman menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) malam tadi.

"Arwah mengalami serangan jantung ketika menyertai perlawanan pertunjukkan antara pasukan pilihan Menteri Besar dan pilihan AOR sempena Kejohanan Ragbi Pra-Sukma AOR di Stadium Suka Menanti, Kedah meskipun dia berjaya distabilkan setelah rebah di padang berkenaan.

"Pasukan perubatan pertandingan berjaya untuk menstabilkan arwah ketika di padang dan beliau kembali sedar sebelum dibawa ke HSB.

"Namun, kesihatan arwah merosot ketika diberikan rawatan dan menghembuskan nafas terakhir di HSB," katanya.

Perlawanan tersebut turut disertai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Dalam siaran langsung dipaparkan di laman Facebook sama, Ahmad Zainol yang berada dalam pasukan sama dengan Menteri Besar, dilihat tiba-tiba rebah ketika pemain bersedia untuk masuk ke padang bagi memulakan separuh masa kedua.

Pasukan perubatan bergegas membantunya termasuk dengan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum dia dilihat stabil, dan dibawa ke hospital oleh ambulans. – Getaran, 29 April 2024.

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran