web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 11:05AM

Chegu Bard ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini. - gambar Afif Abd Halim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktivis Badrul Hisham Shaharin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.

Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan Chegu Bard berdepan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

“Saya mengaku tidak bersalah,” katanya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Media tempatan melaporkan, Chegu Bard ditahan polis di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tapah, Perak kira-kira jam 7 malam pada Sabtu sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang dipetik media, berkata Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Ia susulan kenyataan memfitnah oleh pemilik akaun Facebook Chegu Bard yang menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pertuduhan menghasut berhubung isu pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir memohon mahkamah menetapkan nilai jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan.

Selain itu pihak Pendakwa Raya turut memohon perintah larangan atau sekatan dikenakan terhadap tertuduh untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan umum di semua platform berhubung dua kes tersebut sehingga tamat perbicaraan.

Mengikut pertuduhan, Chegu Bard didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah di mana beliau mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Peguam bela, kepada Chegu Bard, Rafique Rashid Ali kemudiannya meminta hakim mempertimbangkan untuk menurunkan nilai jaminan kerana ia terlalu tinggi memandangkan anak guamnya perlu menyara empat orang anak termasuk seorang autisme.

Rafique juga memberi tahu mahkamah, perintah larangan membuat kenyataan seperti dipohon pendakwaan, tidak berpelembagaan yang menyekat hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

“Hujah saya perintah ini dimohon pendakwa raya tidak berpelembagaan, kerana rakyat Malaysia harus diberi kebebasan untuk bincang bersuara secara terbuka tapi sudah tentu dengan subjek.

“Pada masa sama larangan juga tidak jelas kerana kita juga ada wartawan yang perlu lapor isu ini kerana kes ini melibatkan kepentingan awam,” katanya.

Siti Aminah kemudian menolak permohonan Pendakwa Raya untuk Chegu Bard dikenakan larangan membuat kenyataan umum.

Beliau juga menetapkan nilai jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan, dengan 27 Mei sebagai sebutan semula kes. – Getaran, 29 April 2024

@getaranmy Aktivis Badrul Hisham Shaharin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan memfitnah dan menghasut. Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan Chegu Bard berdepan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Isu Perintah Larangan Bersuara Terhadap Chegu Bard

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad