web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2024 8:26AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penerjun negara Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif diberi pengiktirafan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara perasmian temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai ini.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemilihan kedua-dua atlet tersebut mewakili anggota kontinjen  negara terdiri daripada atlet membuat penampilan sulung dan berpengalaman di pentas Olimpik.

“Selepas meneliti atlet yang disenarai pendek dan mengambil kira pelbagai faktor termasuk jadual pertandingan, Lembaga Eksekutif telah memilih Bertrand dan Nur Shazrin untuk membawa Jalur Gemilang semasa perarakan atlet.

“Walaupun Bertrand dipilih berdasarkan penampilan sulung, Nur Shazrin adalah atlet berpengalaman yang akan membuat penampilan ketiganya. Dalam meraikan masa depan, kami menerima masa kini,”  katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Bertrand, 19, atlet kelahiran Sarawak, merupakan atlet negara pertama layak secara merit ke Paris pada Julai tahun lepas .

Beliau menjadi anak Sarawak keempat diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang di pentas Olimpik, selepas atlet olahraga, Kuda Ditta (Rome 1960), penerjun Bryan nickson Lomas (Athens 2004) dan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong di London pada edisi 2012.

Kedua-duanya cemerlang pada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang diadakan tahun lalu setelah Bertrand meraih pingat gangsa 10m platform seirama manakala Nur Shazrin pula meraih emas dalam acara dinghy, yang melayakkannya ke Paris.

Nur Shazrin, anak kelahiran Johor, pula membuat penampilan ketiganya di pentas Olimpik selepas Rio 2016 dan Tokyo 2020 dan pelayar pertama diberi penghormatan membawa bendera semasa majlis perasmian.

Upacara perasmian dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot membawa para atlet bagi setiap delegasi negara.

Perarakan itu akan sampai ke penghujung laluannya sejauh enam kilometer di hadapan Trocadéro, di mana unsur-unsur protokol Olimpik dan pertunjukan akhir bakal berlangsung.

Setakat hari ini, kontinjen Malaysia dibarisi 25 atlet daripada lapan jenis sukan iaitu memanah, badminton, akuatik, berbasikal, menembak, golf, pelayaran dan angkat berat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Nur Shazrin Sedia Korban Sambutan Ramadan, Aidilfitri Demi Olimpik

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad