web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 8:41AM

Sebahagian penyokong yang menyaksikan perlawanan antara Harimau Muda dan Uzbekistan, semalam. gambar FB FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia gagal meraih keputusan yang diharapkan selepas tewas 0-2 kepada pasukan pilihan Uzbekistan pada perlawanan pembukaan Kumpulan D saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 di Doha, Qatar malam tadi.

Pada pertembungan di Stadium Antarabangsa Khalifa itu, skuad Harimau Muda bimbingan Juan Torres Garrido ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan pemain pertahanan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.

Pengadil Ahmed Faisal Al Ali dari Jordan tidak teragak-agak meniupkan wisel dan melayangkan kad kuning pada Muhamad Syahir sebelum ketua pasukan Uzbekistan, Jasurbek Jaloliddinov tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-11 untuk meletakkan juara edisi 2018 itu depan.

Naib juara edisi 2022 kendalian Timur Kapadze itu nyaris menggandakan jaringan di penghujung separuh masa pertama apabila tandukan dari jarak dekat Alibek Davronov tinggi melewati palang pada masa tambahan tatkala penjaga gol negara Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin tergamam.

Malaysia dibarisi dua pemain tengah yang sering menyarung jersi skuad senior iaitu Muhammad Mukhairi Ajmal dan Nooa Laine menamatkan aksi babak pertama dengan gagal mencipta sebarang percubaan tepat ke gawang lawan, selain meraih 44 peratus penguasaan bola.

Bersambung babak kedua, sedikit pertukaran dilakukan Garrido menunjukkan perubahan positif, namun pasukan lawan lebih mendominasi permainan dengan beberapa percubaan berbahaya yang gagal disudahkan dengan baik.

Memasuki 10 minit terakhir permainan, kesilapan mudah sekali lagi menghukum Malaysia selepas hantaran pemain gantian Muhammad Abu Khalil dipintas Husain Norchaev yang melorongkan bola kepada pemain gantian Ulug'bek Khoshimov untuk meledak gol kedua Uzbekistan pada minit ke-83.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia perlu bangkit mengutip mata ketika membuat perhitungan dengan Vietnam di venue sama pada Sabtu ini sebelum bertemu Kuwait pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Al Janoub di Al Wakrah pada Selasa depan.

Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir dan berpeluang meneruskan cabaran merebut tiga slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024, manakala pasukan keempat terbaik kejohanan akan bermain perlawanan play-off bertemu Guinea di Paris, Mei ini.

Sementara itu, Garrido kecewa dengan kekalahan tetapi masih berharap anak buahnya dapat meningkatkan prestasi sebelum dua perlawanan seterusnya.

Beliau menekankan kepentingan mengurangkan kesilapan dalam kawasan gawang gol yang boleh mengundang penalti, terutamanya selepas pasukan itu menghadiahkan penalti kepada lawan dalam dua perlawanan pemanas badan sebelum ini.

"Secara ringkasnya persiapan kami meningkat...jadi pastinya permainan ini akan membantu tahap prestasi...mungkin kita perlu lebih berusaha untuk melakukan serangan. 

"Hari ini kami berdepan lawan yang bagus, dalam perlawanan akan datang, kami mesti memperbaiki cara untuk menembusi kawasan lawan," katanya pada sidang media selepas perlawanan tersebut.

Garrido turut menafikan isu kecergasan sebagai masalah utama pasukan dan pemainnya terlalu menghormati pasukan lawan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad