web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesuruhjaya Sukan Ancam Batal Pendaftaran, MOM Kemuka Bantahan Rasmi Kepada Hannah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 3:14PM

Presiden Majlis Oimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh susulan tindakan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias yang dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kenyataan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak wajar daripada Suhardi kerana status MOM selaku badan payung persatuan sukan kebangsaan dijamin dalam Akta Pembangunan Sukan 1997.

“Kenyataannya, andai ia benar, melambangkan niat jahat daripada Pesuruhjaya Sukan.

“Walaupun MOM tidak berada dalam perjumpaan berkenaan, ugutan itu dikeluarkan tanpa sebarang sebab,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Biarpun enggan membuat kesimpulan secara terburu-buru, Mohamad Norza menuntut Suhardi menjelaskan keadaan sebenar, memandangkan kenyataan dibuatnya disifatkan melampaui batas.

Beliau pada masa sama juga mengarahkan Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Mohd Najib mengambil tindakan sewajarnya dengan mengemukakan bantahan, jika ia benar berlaku.

Klip audio berdurasi satu minit 20 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp memetik Suhardi mengugut membatalkan pendaftaran MOM.

Rakaman perbualan itu dipercayai dibuat ketika perjumpaan antara Suhardi dan dua kumpulan mewakili kelompok pucuk pimpinan e-sukan berhubung pendaftaran dan keahlian antarabangsa sebuah badan induk sukan berkenaan pada 14 November lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Suhardi Dilantik Sebagai Pesuruhjaya Sukan Yang Baharu 

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Berdarah Kacukan Mungkin Dipertimbang Ke Paris 2024

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tokoh Sukan Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kok Chi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar