web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 8:07PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bergambar bersama kontinjen negara selepas tiba dari Hangzhou di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 9 Oktober lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan kontinjen negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 meraih keseluruhan 32 pingat, mampu menutup tanggapan beberapa pengkritik sukan yang sebelum ini menyifatkan sasaran tanpa pingat emas, dianggap seolah-olah atlet pergi bercuti ke China atau bersifat selamat.

Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan bersama memaklumkan, kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).

Menurut kenyataan itu, kredit sebenar bagaimanapun harus dihalakan kepada atlet negara yang berkorban masa, tenaga dan usia muda mereka, untuk mempersiapkan diri ke temasya empat tahun sekali itu sambil dibimbing oleh jurulatih dan anggota keluarga, serta sistem sokongan sedia ada.

“Kenyataan yang berlebihan boleh ditafsirkan sebagai menidakkan pengorbanan atlet dan barisan jurulatih negara, yang setiap hari tanpa mengira waktu atau berkelana jauh di perantauan meninggalkan keluarga mereka.

“Semestinya kejayaan ini dikongsi oleh semua pihak yang berkepentingan, tanpa perlu mendabik dada menguar-uarkan kejayaan satu-satu pihak,” menurut kenyataan itu.

Kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022 berjaya melepasi sasaran 27 pingat, apabila meraih enam emas, lapan perak dan 18 gangsa, dengan keseluruhannya 32 pingat.

Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan program penyediaan atlet ke temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, sudah dimulakan sejak 2020 melalui projek Asiacomm.

“Pelbagai bengkel melibatkan persatuan sukan kebangsaan, barisan jurulatih kebangsaan, wakil MSN, MOM dan ISN telah diadakan, bagi merancang pelaksanaan program tersebut termasuk pemantauan yang rapi dilaksanakan bersama pihak berkepentingan.

“Sebanyak 119 pendedahan pertandingan dan 41 pendedahan latihan, telah diberikan tahun ini sahaja kepada atlet-atlet yang mewakili negara ke Sukan Asia Hangzhou,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, MSN dan MOM turut berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mengetengahkan kejayaan atlet-atlet di temasya Sukan Asia 2022 dan berharap kerjasama dapat dilakukan dalam menyediakan peluang pendidikan kepada atlet-atlet negara.

“Wakil KPT juga dijemput untuk berkongsi visi dan misi mereka setiap kali Lembaga Eksekutif MOM bersidang, dalam merancang dasar-dasar membabitkan Pembangunan dan penyertaan Temasya Pelbagai Sukan Antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan terkilan dengan kenyataan sesetengah pihak, yang mengambil kesempatan meraih pujian terhadap sumbangan pingat daripada atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada Kontinjen Malaysia, di temasya Sukan Asia Hangzhou yang berakhir 8 Oktober lepas.

Pada temasya di Hangzhou itu, atlet IPT yang mewakili Malaysia pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menyumbang 17 pingat atau lebih separuh daripada 32 pingat yang diraih negara termasuk tiga pingat emas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar