web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tokoh Sukan Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kok Chi

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 7:16AM

Ahmad Faizal Azumu turut hadir memberikan penghormatan terakhir. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tokoh sukan, menteri dan orang ramai semalam memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM),  mendiang Datuk Sieh Kok Chi, di Nirvana Center di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; bekas perenang kebangsaan Datuk Robert Lim; bekaspemain badminton negara, Ang Li Peng dan bekas Presiden Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk S. Vegiyathuman, antara hadiran.

Ahmad Faizal berkata mendiang merupakan antara tokoh sukan yang menjadi teladan buat anak muda negara terutamanya dalam pembangunan sukan tanah air.

“Mendiang seorang tokoh sukan yang tiada galang gantinya, beliau mengorbankan hidupnya kepada sukan Malaysia, selaku bekas Setiausaha Agung di  Majlis Olimpik Malaysia (MOM), beliau banyak berjasa kepada negara.

“Sebelum ini, apabila memikirkan calon penerima Anugerah Tokoh Sukan 2019-2020, tanpa saya berfikir panjang beliau layak dapat, malang sekali beliau tidak dapat datang sendiri untuk menerimanya,” katanya kepada pemberita di sini.

Robert, yang merupakan rakan karib Kok Chi, ketika ditemui Bernama, menyifatkan mendiang seorang yang adil ketika memegang jawatannya sebagai Setiausaha Agung di MOM.

“Walaupun kami tamatkan karier kami sebagai perenang negara, tetapi beliau telah melakukan banyak inisiatif untuk mengubah badan induk itu sehingga dapat melihat kejayaan hari ini.” katanya.

Vegiyathuman, yang juga rakan baik Kok Chi, turut meluahkan rasa sedihnya apabila kehilangan rakan yang begitu baik dan komited semasa berkhidmat di MOM. 

“Saya kehilangan seorang sahabat yang baik, dialah yang memberi inspirasi kepada saya, sangat berpengetahuan serta sukan di sentuhan hujung jarinya. Saya banyak belajar daripadanya,” katanya sambil menahan sebak.

Suasana hiba di Nirvana Center dengan ahli keluarga mendiang dan kakitangan MOM sebak dan kelihatan bergenang air mata sepanjang upacara itu.

Kok Chi meninggal dunia pada Sabtu lepas pada usia 83 tahun.

Semalam, adik-beradik mendiang mengumumkan berita pemergiannya dengan upacara memberi penghormatan terakhir akan diadakan selama dua hari bermula hari ini sebelum upacara pengebumian pada jam 10 pagi, Jumaat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Pesuruhjaya Sukan Ancam Batal Pendaftaran, MOM Kemuka Bantahan Rasmi Kepada Hannah

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Berdarah Kacukan Mungkin Dipertimbang Ke Paris 2024

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Orang Ramai Boleh Beri Penghormatan Di Muzium Lilin I-City

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran