web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atlet Berdarah Kacukan Mungkin Dipertimbang Ke Paris 2024

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 7:00AM

Norza Zakaria - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet berdarah kacukan dari luar negara yang mempunyai prestasi baik, mungkin akan dipertimbangkan untuk mewakili kontinjen Malaysia memburu pingat di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Program ‘Gold Paris 2024’ Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ia merupakan antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan semalam.

“Jawatankuasa akan mengambil pendekatan terbuka, dalam kemungkinan mengenal pasti atlet yang berpengkalan di luar negara yang mempunyai pertalian keluarga dan asal usul dari Malaysia, yang mempunyai prestasi terkini selaku pesaing di peringkat dunia,” katanya menerusi kenyataan pada malam ini.

Sebagai contoh, pemain berdarah kacukan seperti Brendan Gan, Matthew Davies, Darren Lok dan Corbin Ong, sudah lama beraksi bersama skuad Harimau Malaya, manakala pemain kelahiran Gambia Mohamadou Sumareh, Guilherme de Paula (Brazil) dan Liridon Krasniqi (Kosovo) turut menyarung jersi kebangsaan sebagai pemain naturalisasi.

Sementara itu, jawatankuasa itu juga telah membuat keputusan untuk memperketatkan kriteria pemilihan atlet ke pentas terunggul dunia itu, dengan memberi tumpuan khusus kepada jenis sukan, acara dan atlet yang berupaya menjelmakan kilauan pingat emas di Paris 2024.

“Antara kriteria pemilihan ke Program ‘Gold Paris 2024’ yang dibincangkan ialah mereka yang pernah memenangi pingat di Tokyo 2020 dan menduduki kelompok ranking 10 terbaik dunia. Pencapaian memenangi pingat pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia turut menjadi asas pemilihan, serta memiliki prestasi terkini yang meyakinkan,” katanya.

Mohamad Norza berkata, perkhidmatan sokongan terbaik seperti kejurulatihan, program latihan dan pendedahan pertandingan peringkat antarabangsa serta bantuan dari aspek sains, teknologi dan perubatan sukan akan disediakan kepada kumpulan atlet yang terpilih ke program itu dalam mengejar impian emas pertama Olimpik.

Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah diminta untuk melihat potensi menggunakan kepakaran teknikal yang dapat menggemblengkan program latihan dan perkhidmatan sokongan terbaik, termasuk dalam aspek ‘performance lifestyle’ untuk memastikan atlet dapat pamer prestasi terbaik dan semangat juang tinggi.

“Pada masa sama, jawatankuasa akan turut memberi tumpuan kepada perkembangan dan keberkesanan beberapa projek penyelidikan, khususnya yang diterajui Institut Sukan Negara (ISN), yang bermatlamat membantu mempertingkat prestasi atlet dalam Program ‘Gold Paris 2024’ ini,” tambahnya.

Beliau berkata MSN akan menganjurkan Bengkel Perancangan Program ‘Gold Paris 2024’ pada 24 Okt ini bersama wakil persatuan, jurulatih dan atlet, dengan hasil dapatan bengkel bakal dibentangkan pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemantau pada November depan.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli dan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei, manakala beberapa ahli tambahan dijangka akan dilantik nanti. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Anak Malaysia Tanda Sokongan Buat Atlet Negara Di Temasya Olimpik 2024

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad