web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2024 8:05AM

Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat perak dengan catatan 17.18 meter menerusi acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik Paris 2024. – Gambar MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Kejayaan meraih pingat perak pada edisi kali ini telah memadam episod gelap menghantui jaguh olahraga para negara Muhammad Ziyad Zolkefli yang dibatalkan penyertaannya gara-gara lewat ke bilik panggilan pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020. 

Mengambil iktibar daripada insiden berkenaan, atlet berusia 34 tahun itu hadir 20 minit lebih awal ke bilik panggilan di Stade de France sebelum memulakan aksi acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik Paris 2024 awal pagi tadi. 

Menurut Muhammad Ziyad, walaupun tidak berjaya merampas semula pingat emas namun beliau tetap berpuas hati dapat kembali menaiki podium selepas kali terakhir melakukannya di Rio 2016. 

"Alhamdulillah, untuk sumbang perak ia lebih baik daripada tiada langsung. Bagi saya memang harapan tinggi untuk pingat emas namun saya tidak rasa kecewa sangat kerana sudah cuba beri terbaik tadi. 

"Kisah yang menghantui saya (Tokyo 2020) akhirnya sudah habis. Lega rasanya kerana detik tersebut memang menghantui saya sejak tiga tahun lepas hingga saya tertekan dan kini saya dapat buktikan dengan pingat perak, macam mimpi pun ada," katanya kepada Bernama di sini.

Pada aksi akhir, Muhammad Ziyad meraih pingat perak dengan catatan 17.18 meter (m) di belakang wakil Ukraine Oleksandr Yarovyi yang melakukan rekod dunia baharu 17.61m untuk emas. 

Rakan sepasukan Yarovyi, Maksym Koval pula terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas melakukan lontaran sejauh 16.99m. 

Selepas aksi semalam, atlet kelahiran Selangor itu terus memasang azam untuk kembali beraksi pada edisi 2028 di Los Angeles dengan menyasarkan membawa pulang pingat emas buat Malaysia. 

"Saya tidak pernah terfikir untuk pencen lagi. Mungkin saya akan beraksi lagi untuk Sukan Paralimpik seterusnya dan bergantung pada keadaan badan saya ketika itu untuk cuba buat terbaik. 

"Selepas ini, saya akan berehat sebentar dan meluangkan masa bersama keluarga," katanya. 

Pada masa sama Muhammad Ziyad mendedikasikan pingat perak dimenanginya buat bapanya Zolkefli Othman yang menyambut hari lahir ke-70 pada 1 September lepas. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Paralimpik Paris: Bonnie Waspada Ancaman Telesca

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Anak Malaysia Tanda Sokongan Buat Atlet Negara Di Temasya Olimpik 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar