web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2024 8:07AM

Muhammad Ziyad Zolkefli diharapkan dapat merampas emas yang pernah dimenanginya pada Sukan Paralimpik Rio 2016 dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual). – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Kelibat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang turun beraksi acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) pastinya dinanti-nantikan peminat sukan tanah air pada Sukan Paralimpik Paris 2024 yang masuk hari keenam hari ini.

Ziyad sudah semestinya diharapkan dapat merampas emas yang pernah dimenanginya pada Sukan Paralimpik Rio 2016 selepas mengalami detik hitam dengan penyertaannya dibatalkan pada Tokyo 2020 gara-gara lewat ke bilik panggilan sekali gus dinafikan pingat diidamnya ketika itu. 

Bagaimanapun, tugas atlet berusia 34 tahun itu bukan mudah apabila bakal berdepan juara bertahan Maksym Koval dari Ukraine, yang juga pemegang rekod dunia dengan 17.57 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris. 

Kejayaan memenangi emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, dengan lontaran 17.43m diharapkan dapat menjadi tonik buatnya untuk kembali meraih kedudukan tertinggi podium di Stade de France.

Selain Ziyad, kejutan juga tidak mustahil dijelmakan oleh dua lagi wakil negara, Muhammad Nazmi Nasri yang bersaing dalam acara lompat jauh lelaki T37 (kecacatan fizikal) dan Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi (kecacatan intelektual). 

Ini berikutan Nazrmi pernah merangkul emas acaranya pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 dan Ammar Aiman pula meraih gangsa juga di Kobe. 

Jaguh badminton para Malaysia, Cheah Liek Hou. – Gambar MSN
Jaguh badminton para Malaysia, Cheah Liek Hou. – Gambar MSN

Dalam pada itu, jaguh badminton para Cheah Liek Hou menceriakan kontinjen Malaysia pada hari kelima Paris 2024 dengan menyumbang emas sulung buat negara di Porte de La Chapelle Arena. 

Pemain nombor satu dunia dan pilihan utama Paris 2024 memastikan emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) berada dalam genggamannya selepas kali pertama memenanginya di Tokyo 2020 dengan mengecewakan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15. 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika ditemui pemberita Malaysia selepas final badminton pula seronok dapat mendengar lagu Negaraku berkumandang dan berharap agar kejayaan Liek Hou memberi inspirasi buat atlet lain untuk menambah koleksi pingat bagi negara.

Ketua Kontinjen negara, Datuk R. Subramaniam pula optimis Malaysia berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran empat emas manakala Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin pula menyifatkan pingat emas Liek Hou sebagai hadiah dari pihaknya bersempena Hari Kebangsaan ke-67 yang disambut Sabtu lepas.

Impian rakan sepasukannya, Muhammad Fareez Anuar merangkul pingat pada penampilan sulung di pentas Paralimpik musnah apabila tumpas kepada Dheva Anrimusthi dari Indonesia, 21-17, 19-21, 12-21 dalam perlawanan penentuan gangsa. 

Saingan di Paris La Defense Arena pula menyaksikan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli terlepas peluang menyinar dalam acara kegemarannya, 100m kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) dengan berada di kedudukan keenam menerusi catatan 1 minit 46.71 saat. 

Dua wakil memanah negara G. Daneshen dan Nur Jannaton Abdul Jalil disingkirkan wakil Itali Matteo Bonacina-Eleonora Sarti bagi pusingan penyingkiran 1/8 acara compound berpasukan campuran terbuka 141-147. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Anak Malaysia Tanda Sokongan Buat Atlet Negara Di Temasya Olimpik 2024

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei Terus Momentum Positif, Aaron-Wooi Yik Kecundang

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad