web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2024 8:21AM

Jaguh olahraga para negara, Abdul Latif Romly. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Impian jaguh olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly untuk melengkapkan hatrik emas acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) tidak kesampaian selepas membawa pulang pingat perak di Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini awal pagi tadi.

Lompatan akhir Matvei Lakushev yang bertanding atas tiket Atlet Paralimpik Neutral dengan catatan 7.51 meter (m) mengecewakan Latif Romly yang sebelum itu seakan mempertahankan emasnya dengan catatan terbaik 7.45m pada percubaan ketiga.

Membuka langkahnya di Stade de France, Latif Romly sedikit ketinggalan pada percubaan pertamanya apabila melakukan lompatan sejauh 7.22m di belakang Hassan Dawshi dari Arab Saudi (7.27m). 

Atlet dari Perlis itu kemudian berjaya memimpin kedudukan pada percubaan kedua dengan jarak sejauh 7.43m bagi mengatasi catatan musim terbaiknya 7.30m ketika muncul juara dunia di Kobe, Jepun, Mei lepas dan terus memperbaiki catatan pada lompatan ketiga dengan 7.45m. 

Bagaimanapun, atlet berusia 27 tahun itu gagal mengekalkan rentaknya apabila baki tiga percubaan akhirnya dibatalkan sekali gus menyaksikan Lakushev merampas emas dimenanginya sejak Rio 2016 dan Tokyo 2020.

Atlet Colombia, Jhon Sebastian Obando Asprilla melengkapkan kedudukan podium dengan gangsa menerusi lompatan terbaik 7.38m yang hadir pada percubaan keduanya. 

Pencapaian Latif Romly hari ini menyaksikan Malaysia menambah satu lagi perak selepas rakan sepasukannya, Muhammad Ziyad Zolkefli menghadiahkan perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual). 

Malaysia sudah memperoleh dua emas menerusi jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou bagi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dan atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin bagi kategori lelaki 72 kilogram (kg). 

Seorang lagi atlet olahraga para negara Eddy Bernard menyumbang gangsa dalam acara 100m lelaki T44 (kecacatan fizikal). – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Anak Malaysia Tanda Sokongan Buat Atlet Negara Di Temasya Olimpik 2024

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei Terus Momentum Positif, Aaron-Wooi Yik Kecundang

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar