web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fadhil Rangkul Emas Di Piala Negara-Negara UCI Di Hong Kong

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 8:15AM

Fadhil meraikan kejayaannya selepas melintasi garisan penamat. - Gambar dari Track Cycling Nation Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba basikal trek negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis terus melakar kejayaan pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Velodrom Hong Kong apabila merangkul emas dalam acara keirin lelaki semalam.

Pelumba Yayasan Sime Darby berusia 24 tahun itu mencatat masa 10.298 saat untuk muncul juara, mengetepikan dua pelumba pemegang pingat perak Kejohanan Dunia dari Jepun, menurut laman sesawang rasmi UCI, https://www.uci.org.

Pemegang pingat perak Kejohanan Dunia 2020 dan Juara Asia empat kali Yuta Wakimoto serta pemegang pingat perak Kejohanan Dunia 2019 Yudai Nitta masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Malaysia Ahmad Safwan Ahmad Nazeri menamatkan saingan di tempat ke-11.

Kelmarin, Muhammad Fadhli, pemegang rekod kebangsaan dan Asia Ujian Masa 1km, meraih pingat perak dalam acara berkenaan. Beliau akan bersaing dalam acara pecut hari ini.

Sementara itu, Anis Amira Rosidi merangkul pingat gangsa Ujian Masa 500m wanita, dengan catatan 35.493s.

Pelumba Itali yang meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Miriam Vece mengungguli acara berkenaan selepas mencatatkan 34.022s manakala pelumba Sepanyol Helena Casas Roige membawa pulang pingat perak (35.493s).

Pelumba elit negara Mohd Azizulhasni Awang, yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi Olimpik Tokyo di Melbourne, Australia, mengucapkan tahniah kepada barisan pelumba Malaysia di atas kejayaan mereka itu.

“Tahniah buat Fadhil Zonis di atas kemenangan pingat emas dalam acara keirin sebentar tadi.

“Kemenangan ini menjadikan Fadhil pelumba Malaysia ketiga yang pernah memenangi pingat di peringkat World Cup/Nation Cup ini selepas saya dan Mohd Rizal Tisin. Welcome to the club Fadhil.

“Kedua-dua pelumba ini memang sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh dan mereka berdua ini mempunyai disiplin tinggi, mendedikasikan diri mereka sepenuhnya kepada karier sukan dan sentiasa terbuka menerima nasihat.

“Diharap Fadhil dan Anis dapat menempah lebih banyak kejayaan di masa hadapan,” katanya di media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Bersara Dengan Tenang Jika Berjaya Rangkul Emas Di Olimpik Paris

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pocket Rocketman Masih Berbisa, Peroleh Emas Di Piala UCI Adelaide

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Shah Firdaus Layak Digelar 'Terminator’ - Mohd Azizulhasni

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad