web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 8:44AM

Jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang pertahan emas keirin lelaki elit pada edisi 2024 di Velodrom Nasional, Nilai semalam. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang melengkapkan penampilan terakhir di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan dengan mempertahankan emas keirin lelaki elit pada edisi 2024 di Velodrom Nasional di sini semalam.

Walaupun ketinggalan di awal saingan, situasi tersebut tidak menggoyahkan Azizulhasni apabila berjaya keluar daripada kepungan pelumba lain sebelum melakukan henjutan di pusingan akhir untuk menyumbang emas buat Terengganu.

Dua lagi pelumba dari Johor iaitu pemenang gangsa keirin lelaki Sukan Komanwel 2022 Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta adiknya Muhammad Ridwan masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

Bekas juara dunia keirin 2017 itu menyifatkan kemenangan diraihnya hari ini merupakan keputusan yang baik selepas menerima tentangan sengit daripada Muhammad Shah Firdaus, Muhammad Ridwan serta Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang mewakili Selangor.

"Walaupun Muhammad Fadhil cuba memecut laju di awal saingan saya tidak panik. Ada juga pelumba lain yang menghimpit dan mahu keluar dahulu daripada kepungan, namun saya memilih untuk terus tenang (sebelum menang)," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan semalam.

Azizulhasni yang mengakui berlumba dalam keadaan kurang sihat selepas memenangi emas pecut lelaki elit dengan menewaskan Muhammad Ridwan dua hari lalu, memutuskan untuk tidak beraksi dalam acara ujian masa 1 kilometer (km) lelaki elit pada hari terakhir kejohanan hari ini.

Selepas diberi cabaran hebat oleh Muhammad Ridwan pada acara pecut pada Selasa, pemenang pingat dua kali Sukan Olimpik itu sekali lagi kagum dengan prestasi pelumba muda itu dan optimis mampu menggegarkan trek dalam masa dua tahun lagi.

Dalam pada itu, bintang sedang meningkat naik Nurul Izzah Izzati Mohd Asri merangkul emas untuk Kedah bagi saingan keirin wanita elit.

Pelumba berbasikal trek berusia 20 tahun itu yang bakal membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik 2024, meninggalkan pencabarnya dari Selangor Yong Ann Tung untuk perak manakala gangsa milik atlet dari Pulau Pinang Nurul Aliana Syafika Azizan.

Sukan Olimpik 2024 di Paris dijadual bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Bersara Dengan Tenang Jika Berjaya Rangkul Emas Di Olimpik Paris

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

4

Sukan 2 tahun yang lalu

The Pocket Rocketman Nyatakan Hasrat Mahu Velodrom Asas Di Seluruh Negara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad