web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni Bersara Dengan Tenang Jika Berjaya Rangkul Emas Di Olimpik Paris

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 8:41AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang akan bersara dengan tenang sekiranya berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual bermula Julai ini.

Pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 berusia 36 tahun itu berkata menghadiahkan emas Olimpik sulung negara kepada seluruh rakyat Malaysia merupakan perancangannya di Paris.

Namun, juara dunia keirin 2017 itu tetap waspada dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapinya nanti termasuk taktikal yang luar biasa dan 'tidak masuk akal' daripada pelumba lain.

"Kalau menang emas sudah tentu itu hadiah untuk Malaysia dan semua, dan saya pun boleh bersara dengan senyum lebar, itulah perancangannya,

"Tetapi kita tak tahu apa yang akan berlaku, macam contoh di Tokyo saya berada dalam keadaan baik, suku akhir dan separuh akhir memang saya menang walaupun belum bagi 100 peratus tetapi bila di final walaupun saya yakin boleh menang, ada pula pelumba yang buat taktikal luar biasa," katanya.

Pemenang gangsa acara keirin pada edisi 2016 di Rio de Janeiro itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis minum petang bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dan bekas Pengerusi yayasan Sime Darby (YSD) di kediamannya di Bukit Tunku di sini, semalam.

Sebagai rekod, pada aksi final keirin di Tokyo Azizulhasni dilihat mempunyai peluang cerah untuk merangkul emas, namun percaturan pelumba Australia Matthew Glaetzer pada final keirin memberikan kelebihan buat pelumba Great Britain Jason Kenny untuk melakukan pecutan lebih awal.

Situasi itu sekali gus menafikan peluang Azizulhasni untuk merangkul emas biarpun dilihat memberikan segalanya untuk merapatkan jurang dengan Kenny yang akhirnya terlebih dahulu melintasi garisan penamat.

Terdahulu, Azizulhasni dan dua lagi pelumba negara ke Paris iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri diraikan dalam majlis bersama Tun Musa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pengerusi YSD Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), ketua jurulatih skuad berbasikal trek kebangsaan John Beasley serta wakil-wakil badan korporat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pocket Rocketman Masih Berbisa, Peroleh Emas Di Piala UCI Adelaide

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar