web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pocket Rocketman Masih Berbisa, Peroleh Emas Di Piala UCI Adelaide

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 8:14PM

Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersama pingat yang dimenanginya di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih 'berbisa' untuk menjadi pencabar di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila cemerlang memperoleh gelaran keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara- Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Super-Drome itu, pelumba yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu mempamerkan kayuhan bertenaga mengetepikan cabaran getir dari dua pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota untuk memperoleh emas pertamanya tahun ini.

Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.

Pelumba berusia 36 tahun itu sebelum ini menduduki tempat ketiga pada peringkat separuh akhir untuk mara ke pusingan akhir.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba negara Muhammad Fadhil Zonis gagal menamatkan perlumbaan dalam pusingan repechage selepas menamatkan saringan kedua di tempat kedua acara keirin.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi akaun X mengucapkan tahniah kepada Mohd Azizulhasni atas kejayaannya itu.

"Datuk Azizulhasni Awang telah memenangi emas acara keirin di Kejohanan Tissot UCI Nations Cup Adelaide, Australia sebentar tadi. Tahniah! #RoadToGold," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Bersara Dengan Tenang Jika Berjaya Rangkul Emas Di Olimpik Paris

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: ‘The Pocket Rocketman' Sedia Hadapi Jadual Padat Di Hangzhou

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Shah Firdaus Layak Digelar 'Terminator’ - Mohd Azizulhasni

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad