web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shah Firdaus Layak Digelar 'Terminator’ - Mohd Azizulhasni

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 9:14PM

Azizulhasni Awang (tengah) bergambar di atas podium bersama pemenang pingat Perak dari Jepun Shinji Nakano (kiri) dan pingat Gangsa Shah Firdaus (kanan) bagi acara Akhir Men Elite Keirin pada ACC 2023 di Velodrom Nasional hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - “Shah The Terminator.”

Itu gelaran yang diberikan oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang kagum dengan semangat kental rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang berjuang berhabis-habisan untuk menamatkan perlumbaan, walaupun mengalami kecederaan dan kerosakan basikal.

Mohd Azizulhasni berkata semangat juang tinggi yang dipamerkan Muhammad Shah Firdaus, pada saingan separuh akhir kedua keirin lelaki Kejohanan Trek Berbasikal Asia (ACC) 2023 dan seterusnya meraih gangsa, harus dijadikan sebagai teladan oleh semua atlet negara.

“Saya melihatnya berlanggar, terpelanting, tergantung di pagar dan tergelincir jatuh. Kemudian dia bangun, cuba duduk, tapi basikalnya patah dan carbon fiber tercucuk, namun beliau tetap kayuh untuk menamatkan saingan.

“Kalau dia dah mengaku kalah, memang dia tak masuk final dan tidak menang gangsa. Semangat sama yang saya tunjukkan (selepas tertusuk kayu sepanjang 20 sentimeter di Siri Piala Dunia Klasik di Manchester) pada 2011,” katanya kepada pemberita di Velodrom Nasional di sini.

Terdahulu, Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan The Pocket Rocketman meraih gelaran berganda selepas muncul juara keirin, manakala Shinji Nakano dari Jepun meraih perak.

Muhammad Shah Firdaus berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan berkumpulan melibatkan lima pelumba ketika berbaki satu pusingan, dengan hanya juara 2022, Kohei Terasaki sahaja yang berjaya terselamat daripada pelanggaran itu.

Semangat kental pelumba berusia 27 tahun itu harus dipuji, apabila beliau bangkit untuk menamatkan perlumbaan, walaupun pelana basikalnya patah ketika kemalangan tersebut.

Menceritakan pengalaman itu, Muhammad Shah Firdaus, berkata walaupun mengalami kesakitan pada seluruh badan, terutamanya di pinggul, beliau hanya terfikir untuk menamatkan saingan itu untuk mendapatkan mata kelayakan ke Olimpik Paris 2024.

Muhammad Shah Firdaus bernasib baik kerana beliau bersama-sama Sergey Ponomaryov dari Kazakhstan, melintasi garisan penamat pada masa yang sama, dibenarkan beraksi di final selepas foto penamat, menyaksikan tambahan seorang pelumba pada final, berbanding enam pelumba (3+3).

“Pada awalnya tiada masalah dan keadaan saya sangat baik, kemudian saya tak tahu apa berlaku, kemalangan berlaku dengan sangat pantas. Rupanya pelumba dari China silang tayar dengan pelumba Jepun, (dan jatuh) jadi kita lima orang semua terbang.

“Basikal saya pun dah total loss, nasib baik masih boleh bergerak untuk menamatkan perlumbaan. Bagi saingan final, saya terpaksa menggunakan basikal prototype yang agak berlainan. Saya tetap pergi kayuh full gas dan berjaya menang gangsa,” katanya yang meraih perak edisi lepas di New Delhi, India. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Bersara Dengan Tenang Jika Berjaya Rangkul Emas Di Olimpik Paris

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad