web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rembatan Deras Iheanacho Lengkap Kebangkitan Leicester

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 9:09AM

Iheanacho meneruskan rentak permainan konsisten beliau. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LEICESTER - Leicester memperkukuhkan pegangan di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris selepas pemain gantian Kelechi Iheanacho melengkapkan kebangkitan The Foxes menentang Crystal Palace untuk menang 2-1.

Anak buah Brendan Rodgers ketinggalan 1-0 selepas jaringan babak pertama Wilfried Zaha di King Power Stadium.

Bagaimanapun Timothy Castagne berjaya menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu dengan gol pertamanya sejak September.

Penyerang dari Nigeria, Iheanacho melengkapkan kemenangan kedua berturut-turut Leicester dengan satu rembatan deras 10 minit sebelum masa tamat.

Leicester kini empat mata di hadapan Chelsea yang berada di tangga keempat dan tujuh mata di depan West Ham yang menghuni tangga kelima dalam saingan untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

“Ini satu kemenangan yang amat penting buat kami. Ini perlawanan ketiga kami dalam sembilan hari.

“Palace bermain dengan kemas dan susah untuk dibolosi dan kami ketinggalan satu gol.

“Anak buah saya bermain dengan hebat hari ini.

“Mereka tenang dan mengawal permainan, selepas itu menjaringkan dua gol yang baik,” kata Rodgers. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad