web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chelsea Menang Tipis, Liverpool Diikat Newcastle

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 8:05AM

Werner meraikan jaringan pembukaan beliau menentang West Ham. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Chelsea kini berada dalam keadaan selesa dalam saingan untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas jaringan Timo Werner memastikan kemenangan 1-0 ke West Ham, manakala Liverpool pula seri 1-1 dengan Newcastle.

Jaringan kedua Werner dalam 22 perlawanan Liga Perdana Inggeris membuka jurang tiga mata kepada West Ham di tangga kelima liga.

Thomas Tuchel membuat enam pertukaran menjelang aksi pertama perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid di tempat lawan pada awal pagi Rabu.

Walaubagaimanapun, kekuatan Chelsea menyerlah menentang skuad West Ham yang dilanda masalah kecederaan tanpa khidmat Michail Antonio, Declan Rice, Aaron Cresswell.

“Semua orang fokus, bersungguh-sungguh dan memberi perhatian hanya kepada permainan ini,” kata Tuchel.

Dalam perlawanan lain, Liverpool kini ketinggalan empat mata dari posisi empat teratas liga selepas mensia-siakan kelebihan di lewat permainan, menyebabkan pengurus mereka Jurgen Klopp berkata yang anak buahnya tidak patut mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Mohamed Salah membuka jaringan di minit ketiga perlawanan, tetapi Liverpool gagal menyempurnakan beberapa peluang dan dihukum pada masa kecederaan.

Jaringan Callum Wilson dibatalkan oleh VAR tetapi rembatan Joe Willock terpesong masuk ke gawang The Reds untuk memastikan satu mata berharga buat The Magpies dalam saingan untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

Keputusan seri itu melebarkan jurang Newcastle daripada zon relegasi kepada sembilan mata.

Brighton pula kalah 1-0 kepada Sheffield United dengan David McGoldrick menjaringkan gol sulung buat pasukan yang sudah disingkirkan dari liga itu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad