web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


City Semakin Hampir Rangkul Kejuaraan Liga

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 8:14AM

Foden (kanan) meraikan jaringannya menentang Aston Villa. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Manchester City semakin hampir mengecapi kejuaraan selepas peneraju Liga Perdana Inggeris itu bangkit untuk menundukkan Aston Villa, awal pagi tadi dalam perlawanan pertama kelab itu sejak menarik diri dari Liga Super Eropah.

Anak buah Pep Guardiola dikejutkan gol pembukaan John McGinn selepas hanya 20 saat permainan bermula.

Namun City bangkit kembali dengan gol penyamaan Phil Foden sebelum Rodri meletakkan pasukan pelawat itu di depan.

Pemain pertahanan City John Stones dibuang padang kerana melakukan kekasaran ke atas Jacob Ramsey sebelum waktu rehat.

Villa juga kehilangan satu pemain selepas Matty Cash dilayangkan kad kuning keduanya kerana membentes Foden di babak kedua.

City kini 11 mata di depan Manchester United di tangga kedua liga dan hanya memerlukan lapan mata daripada baki lima perlawanan untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris ketiga dalam empat musim.

Dalam perlawanan lain, Tottenham menang perlawanan pertama mereka sejak pemecatan Jose Mourinho dengan penalti lewat Son Heung-min mengetepikan Southampton 2-1.

Mourinho dipecat pada Isnin selepas hanya 17 bulan mengendalikan kelab London utara itu.

Kemenangan pertama di era pasca-Mourinho sangat penting dan Tottenham mengecapinya dengan bangkit semula daripada ketinggalan di babak pertama.

Danny Ings meletakkan Southampton di hadapan, tetapi Garet Bale menyamakan kedudukan sebelum Heung-min menjaringkan penaltinya.

Tottenham naik ke kedudukan keenam, dua mata di belakang pasukan di tangga keempat Chelsea yang ada baki satu perlawanan dalam tangan dalam persaingan untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad