web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Bekas Pemain TRW Tuntut Gaji

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2021 8:37AM

Lima bekas pemain TRW musim lalu tuntut tunggakan gaji - Gambar dari Facebook Kelantan FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) sekali lagi berhadapan isu tuntutan gaji membabitkan lima bekas pemain The Red Warriors (TRW), musim lalu.

Penasihat Undang-Undang Kelantan FC Shairuz Sheffie berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mewakili kesemua pemain itu, berhubung tuntutan tunggakan gaji November 2020.

“Pihak kami telah pun berunding dengan pemain dalam menyelesaikan perkara itu sebelum ini, termasuklah menelefon, menulis surat serta membuat mereka supaya menerima pengurangan gaji.

“Ini kerana pihak pengurusan TRW yang baharu sudah menyelesaikan tunggakan hutang pemain sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan media yang dimuat naik melalui laman Facebook Kelantan FC hari ini.

Mendahului senarai lima bekas pemain terlibat adalah pemain import dari Jepun, Masaki Watanabe yang merekodkan tuntutan RM91,857 melibatkan tunggakan sejak April, manakala Muhammad Shahrul Nizam Ros Hani (RM20,000), Mohd Nazrin Mohd Nawi (RM19,000), Mohd Farisham Ismail (RM15,000) dan Nik Akif Syahiran Nik Mat (RM13,000) melibatkan tuntutan gaji November tahun lalu.

Shairuz berkata pengurusan Kelantan FC ketika ini berhadapan dengan ketiadaan pendapatan, disebabkan oleh pandemik COVID-19 berikutan tiada penonton dibenarkan memasuki ke stadium.

“Perlawanan terakhir pasukan Kelantan FC bagi bulan November adalah sekali sahaja iaitu 8 Nov dan adalah tidak adil tuntuan itu bagi pemain lain yang sudah bersetuju dengan bayaran separuh gaji, untuk bulan berkenaan.

“Sekalipun pihak pengurusan perlu mematuhi terma yang terkandung di dalam kontrak, namun mereka terkilan apabila pemain mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira situasi semasa, di mana kelab tidak boleh menjana pendapatan,” katanya.

Shairuz berkata sekiranya pemain berkeras dengan tuntutan itu, pihak pengurusan akan meneliti dari segi perundangan sebelum membayar tuntutan itu.

“Pengurusan baharu akan membayar apa yang perlu jika mereka ini tetap berkeras, termasuk meneliti hak pengurusan dari segi perundangan di bawah COVID-19,” katanya.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad