web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Legenda Bola Sepak, Pele Turut Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 3:07PM

Pele. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIO DE JANEIRO - Legenda bola sepak Brazil Pele menyifatkan pengalaman disuntik vaksin COVID-19 sebagai "sukar dilupakan" dan meminta kerjasama global untuk menamatkan pandemik itu.

Pele, 80, menerima vaksin pada Selasa, kira-kira enam minggu selepas Brazil memulakan kempen vaksinasi, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Hari ini adalah hari yang tidak dapat dilupakan. Saya menerima vaksin.

“Pandemik belum berakhir. Kita mesti terus berdisiplin untuk menyelamatkan nyawa kerana masih ramai yang belum divaksin. Ini akan berakhir jika kita saling mengambil berat dan membantu antara satu sama lain," kata Pele di Instagram.

Pele yang kebelakangan ini mempunyai masalah kesihatan, menjalani kuarantin kendiri sejak COVID-19 diumumkan sebagai pandemik pada Mac lalu.

Satu-satunya pemain yang memenangi tiga Piala Dunia, Pele dianggap antara bintang bola sepak terhebat.

Pada 2000, beliau berkongsi penghargaan sebagai pemain terbaik FIFA abad ke-20 dengan Diego Maradona dari Argentina, yang meninggal dunia pada November lalu pada usia 60 tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Perancis Ikrar Kukuhkan Kerjasama 2 Negara

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar