web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skandal ‘Barcagate’, Bekas Presiden Barcelona, Bartomeu Ditahan

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 8:56AM

Josep Maria Bartomeu - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BARCELONA - Bekas presiden Kelab Barcelona, Josep Maria Bartomeu telah ditahan semalam untuk membantu siasatan polis berhubung skandal ‘Barcagate’ tahun lepas, kata seorang sumber kepada AFP.

Bartomeu, yang meletakkan jawatan pada Oktober lepas, merupakan antara empat individu yang ditahan iaitu enam hari menjelang pemilihan presiden baharu kelab itu pada Ahad.

Selain Bartomeu, yang lain adalah Ketua Eksekutif Barca Oscar Grau, Ketua Perundangan Roma Gomez Ponti dan penasihat Bartomeu Jaume Masferrer.

Mereka ditahan polis Catalan, yang turut menggeledah pejabat kelab itu pagi semalam.

Grau dan Gomez Ponti dibebaskan pada hari yang sama namun Bartomeu dan Masferreer ditahan semalaman di balai polis Barcelona sebelum tampil di hadapan seorang hakim hari ini, lapor media Sepanyol.

Polis Catalan dalam satu kenyataan berkata, tangkapan itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan jenayah yang berkaitan harta benda dan susunan sosio-ekonomi yang telah berlaku selama hampir setahun.

Sementara Barca pula dalam satu kenyataan mengesahkan operasi itu berkait dengan ‘Barcagate’ yang berlaku pada tahun lepas, di mana kelab itu dituduh menyembunyikan bayaran yang dibuat kepada sebuah syarikat bernama I3 Ventures, yang diupah untuk menaikkan imej Bartomeu di media sosial.

Sebahagian daripada kempen media sosial itu termasuk mengkritik pemain dan bekas pemain, seperti Lionel Messi, Pep Guardiola dan Xavi Hernandez. Messi menggambarkan kontroversi itu sebagai ‘pelik’ dalam satu temu bual dengan akhbar Mundo Deportivo.

Stesen radio Cadena Ser mendakwa Barcelona membuat pembayaran yang berlebihan kepada I3 Ventures dan melangsaikan pembayaran dalam jumlah yang kecil dan diasingkan untuk mengelak daripada dikesan oleh kawalan kewangan kelab itu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MWC Barcelona: Penyertaan Malaysia Tinggalkan Kesan Sangat Positif - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MWC2024 Dimanfaat Dalam Usaha Pertingkat Kadar Penerima Gunaan 5G Negara - Fahmi

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Barcelona Dibelasah, Chelsea Tumpas Manakala Ronaldo Selamatkan United

4

Sukan 5 tahun yang lalu

12 Kelab Terbesar Eropah Lancar Rancangan Untuk Liga Super

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad