web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MWC2024 Dimanfaat Dalam Usaha Pertingkat Kadar Penerima Gunaan 5G Negara - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 8:02AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BARCELONA - Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024) akan digunakan sebagai platform bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan lagi kadar penerima penggunaan teknologi 5G dalam kalangan rakyat, terutama dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hal ini menjadi antara keutamaan beliau dalam kongres berkenaan, selain bagi mengetengahkan kejayaan Kerajaan MADANI dalam pelaksanaan 5G yang menyaksikan kadar liputan dalam negara mencapai 80.2 peratus setakat Disember 2023, manakala kadar penerima penggunaan mencecah 29.9 peratus setakat Januari lalu.

"Malam tadi kita telah adakan pertemuan dengan Ericsson, pagi ini ZTE dan dalam hari-hari akan datang kita akan saksikan (pemeteraian) perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat telekomunikasi dengan penyedia peralatan telekomunikasi.

"Kita akan lihat bagaimana kita boleh bekerjasama sekali dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk tingkatkan lagi penggunaan 5G dalam kalangan PMKS," katanya.

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA dan RTM ketika ditemui di sini. Fahmi berada di Barcelona bagi mengetuai delegasi Malaysia ke MWC 2024 dan dijadual menyampaikan ucaptama bagi merasmikan Pavilion Malaysia di kongres itu, esok.

MWC 2024 adalah perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kongres yang bakal mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.

Selain syarikat telekomunikasi, Pavilion Malaysia yang diketuai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga akan mempamerkan reruai daripada agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan CyberSecurity Malaysia.

Fahmi berkata, forum seperti MWC ini akan menyajikan pelbagai teknologi dan peralatan baharu yang mampu membantu usaha pelaksanaan 5G dalam negara, sekiranya boleh disesuai manfaatkan dengan keadaan di Malaysia.

"Kita maklum yang dalam era pendigitalan banyak teknologi baharu yang sedang dirangka tetapi belum dilaksanakan lagi, jadi melalui forum seperti MWC ini kita akan dapat saksikan beberapa teknologi baharu dan peralatan baharu tetapi perlu kita sesuaikan dengan kerangka kawal selia di Malaysia melalui MCMC dan juga tahap penerima penggunaan," katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, ketika ini, sememangnya syarikat telekomunikasi seperti ZTE ada mengadakan hubungan strategik dengan universiti tempatan dan DNB untuk melihat pencapaian penggunaan 5G dalam negara.

"Isunya bukan dari segi makmal tetapi penggunaan dunia sebenar, ini yang saya nampak perkara yang kita perlu beri keutamaan.

"Perkara yang saya banyak bincang dengan syarikat-syarikat ini adalah mungkin berkenaan model-model perniagaan baharu, yang membantu syarikat untuk memiliki dan menggunakan teknologi 5G dan seterusnya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 29 minit yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad