web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


12 Kelab Terbesar Eropah Lancar Rancangan Untuk Liga Super

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 7:57AM

UEFA menggambarkanl Liga Super sebagai satu projek sinis, yang diasaskan atas kepentingan beberapa kelab. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Sebanyak 12 kelab terbesar Eropah merancang untuk melancarkan Liga Super, walaupun berdepan ancaman larangan antarabangsa untuk kelab dan pemain-pemain mereka.

“AC Milan, Arsenal, Atletico Madrid, Chelsea, Barcelona, Inter Milan, Juventus, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Real Madrid dan Tottenham Hotspurs telah menyertai Liga Super sebagai kelab-kelab pengasas,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Kelab-kelab tersebut akan menerima “pembayaran satu kali sebanyak RM17.2 bilion”.

“Tiga lagi kelab akan dijemput untuk menyertai liga ini sebelum permulaan musim sulung yang akan bermula secepat yang mungkin,” tambah penganjur.

UEFA pada Ahad memaklum yang permain-pemain 12 kelab tersebut berdepan dengan larangan antarabangsa dan menggambarkan ia “sebagai satu projek sinis, yang diasaskan atas kepentingan beberapa kelab”.

Namun kelab-kelab tersebut menegaskan pertandingan baharu itu akan memberi manfaat kepada bola sepak secara amnya.

Menurut penganjur, Liga Super ini akan beroperasi dalam format liga biasa antara 20 kelab.

15 kelab pengasas akan layak setiap tahun dan lima lagi kelab akan di pilih daripada jemputan “mengikut sistem berdasarkan persembahan mereka daripada musim sebelumnya”.

Di akhir fasa pertama bermula pada Ogos, playoff akhir musim akan dianjurkan sehingga Mei untuk menentukan juara.

Semua permainan akan diadakan pada pertengahan minggu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi