web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MWC Barcelona: Penyertaan Malaysia Tinggalkan Kesan Sangat Positif - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 8:28PM

Fahmi Fadzil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BARCELONA  - Penyertaan Malaysia di Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024) telah meninggalkan kesan sangat positif dan berjaya menarik minat banyak syarikat-syarikat telekomunikasi dan peralatan telekomunikasi antarabangsa.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata penyertaan Malaysia kali ini dengan sebuah pavilion buat julung kalinya disertai 15 agensi dan syarikat tempatan yang mempamerkan inisiatif dan pencapaian masing-masing, meletakkan negara di mata dunia.

"Rata-rata maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak, Pavilion Malaysia menjadi buah mulut dan percakapan ramai, antara lain kerana pebagai aktiviti yang diadakan termasuk siri Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dan kita serahkan antara telco (syarikat telekomunikasi) Malaysia dan pelbagai syarikat.

"Ini satu petanda yang cukup positif kerana MWC Barcelona merupakan acara terbesar di dunia yang kumpulkan semua penyedia perkhidmatan sama ada syarikat-syarikat telekomunikasi ataupun peralatan telekomunikasi," katanya, tidak menolak untuk Malaysia menyertai acara itu pada tahun-tahun akan datang.

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA dan RTM sebelum berlepas ke Oslo, Norway untuk mengetuai Delegasi Malaysia menghadiri sesi "Next Generation Communications Round Table" anjuran syarikat telekomunikasi Norway, Telenor.

MWC2024 yang bermula Isnin lepas menyaksikan sebanyak 24 MoU ditandatangani melibatkan syarikat telekomunikasi dan agensi Malaysia, selain Malaysia dianugerahkan Skor Ketekalan 5G Global Terbaik oleh Ookla, peneraju global dalam pemantauan rangkaian dan cerapan kesalinghubungan.

Fahmi yang mengetuai delegasi Malaysia ke kongres itu turut mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pelesenan Global dan Pengaktifan Pasaran Starlink Rebecca Hunter dan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Finland Lulu Ranne.

"Ada beberapa perkara yang kita lihat boleh kita panjangkan lepas ini, termasuk MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) boleh berhubung dengan pihak sama di Finland untuk membincangkan beberapa perkara.

"Mungkin ada beberapa aspek...(antaranya) dari segi pengalaman yang boleh kita lihat apa yang mereka telah lakukan dan apa pencapaian Malaysia, jadi saya lihat ini satu perkembangan yang sangat positif," katanya.

MWC 2024 merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kongres yang mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.

Selain syarikat telekomunikasi, Pavilion Malaysia yang diketuai MCMC mempamerkan reruai daripada agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan CyberSecurity Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din memberitahu Bernama, penyertaan Malaysia telah meningkatkan keterlihatannya sebagai sebuah negara sedia untuk transformasi teknologi.

"Malaysia mempunyai infrastruktur telekomunikasi yang sedia untuk masa depan dan kami telah menunjukkan bahawa Malaysia bukan sahaja terkehadapan dalam teknologi tetapi juga bersedia untuk meningkatkan kesalinghubungan dan bekerjasama dengan lain-lain entiti untuk mempercepatkan masa depan terhubung," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar