web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Barcelona Dibelasah, Chelsea Tumpas Manakala Ronaldo Selamatkan United

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 9:06AM

Ronaldo (kanan) meraikan gol kemenangannya menentang Villarreal. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Krisis di Barcelona semakin melarat selepas mereka di belasah oleh Benfica dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi manakala juara bertahan Chelsea pula diketepikan oleh Juventus tetapi Cristiano Ronaldo menjaringkan gol lewat untuk menyelamatkan Manchester United.

Barcelona, yang dikendalikan oleh Ronald Koeman, tampak seperti akan tersingkir awal dari pertandingan musim ini selepas tumpas 3-0 buat kali kedua dalam jumlah perlawanan yang sama dalam Kumpulan E.

Mereka juga menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Penyerang Uruguay Darwin Nunez menjadi bintang Benfica, membuka jaringan pada minit ketiga perlawanan.

Rafa Silva menambah kelebihan Benfica di minit ke-69 sebelum Nunez melengkapkan persembahan hebat pasukan itu di minit ke-79.

Eric Garcia diarahkan untuk keluar padang untuk Barcelona, yang kini telah bolos 11 gol dalam dua perlawanan di Estadio da Luz, gelanggang di mana mereka dimalukan oleh Bayern Munich 8-2 pada suku akhir musim lepas.

Chelsea masih menjadi pasukan pilihan untuk layak ke pusingan seterusnya walaupun tumpas di tangan Juventus di Turin dengan Federico Chiesa menjaringkan gol sulung perlawanan 10 saat selepas babak kedua bermula.

Ronaldo menjadi penyelamat selepas menjaringkan gol kemenangan dalam minit kelima masa kecederaan untuk membantu United menang 2-1 ke atas Villarreal di Old Trafford.

Jesse Lingard memberi umpanan kepada Ronaldo yang menambah rekod jaringannya dalam pertandingan ini kepada 136 gol dan memastikan United bangkit daripada kekalahan kepada Young Boys dalam perlawanan pembukaan.

Terdahulu Alex Telles menyamakan kedudukan di minit ke-60 untuk gol pertamanya untuk United.

Paco Alcacer telah memberi kelebihan buat Villarreal dalam ulangan final Liga Europa musim lalu yang dimenangi oleh pasukan Sepanyol itu.

“Kami terpaksa mengambil risiko dan bernasib baik ia membuahkan hasil.

“Bila anda mempunyai pemain seperti Cristiano, anda sentiasa mempunyai peluang untuk menang.

Kumpulan F diterajui oleh Atalanta, yang mengalahkan Young Boys 1-0, United dan kelab Switzerland itu berkongsi tangga kedua satu mata di belakang. - AFP

Keputusan lain:

Wolfsburg 1 Sevilla 1

Bayern Munich 5 Dynamo Kyiv 0

Salzburg 2 Lille 1

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MWC Barcelona: Penyertaan Malaysia Tinggalkan Kesan Sangat Positif - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MWC2024 Dimanfaat Dalam Usaha Pertingkat Kadar Penerima Gunaan 5G Negara - Fahmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 36 minit yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 28 minit yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad