web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peningkatan Kes COVID-19 Di N Sembilan Hasil Saringan Bersasar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 8:20AM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Peningkatan kes COVID-19 di Negeri Sembilan yang mencecah lebih 1,000 kes semalam, adalah berikutan saringan bersasar dilakukan pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S Veerapan berkata, pihaknya menganggarkan kes COVID-19 bagi tempoh tiga atau empat hari ini, akan berada dalam lingkungan 750 hingga 1,000 kes.

Beliau berkata tiga kategori utama yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah daripada kluster sedia ada, kontak rapat dan kes sporadik.

“Jangkitan wabak dalam tiga kategori ini adalah sangat ‘rampant’, sebagai contoh jangkitan COVID-19 di Nilai berikutan kes rentas negeri, kerana mereka tinggal di Nilai dan bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya kepada Bernama di sini.

Veerapan turut meminta masyarakat di negeri itu, supaya sentiasa peka dengan situasi semasa dan bersama-sama mencegah penularan wabak berkenaan, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Hari ini, Negeri Sembilan merekodkan 1,033 kes baharu positif COVID-19 dan daripada jumlah itu, 528 adalah kes sporadik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad