web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi KLIA T1 Terkawal, Majoriti Penerbangan Ke Destinasi Asia

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2026 6:08PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Memasuki hari ketiga konflik di Timur Tengah yang menyaksikan ribuan penerbangan dibatalkan di seluruh dunia, pengurusan penumpang di Lapangan Terbang Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) masih kelihatan terkawal dan tenang.

Tinjauan Bernama di KLIA T1 setakat 12 tengah hari tadi mendapati majoriti penerbangan adalah ke negara di Asia seperti Singapura, Ho Chi Minh City, Danang dan Hanoi (Vietnam), Denpasar dan Jakarta (Indonesia), Shenzhen, Chongqing dan Guangzhou (China) serta Nepal.

Papan pemuka ketibaan turut menunjukkan penerbangan masuk, antaranya dari Phuket (Thailand), Lombok, Jakarta dan Surabaya (Indonesia), Manila (Filipina) serta Danang (Vietnam), dan tiada sebarang penerbangan terpilih ke dan dari destinasi Timur Tengah.

Keadaan trafik penumpang juga didapati tidak terlalu sesak berbanding hari kebiasaan yang lazimnya menyaksikan peningkatan ketara menjelang waktu tengah hari.

Tinjauan turut mendapati tiada penumpang terkandas di terminal dengan petugas lapangan terbang meneruskan tugas seperti biasa, sekali gus mencerminkan pengurusan operasi yang efisien dan teratur.

Selain itu, dua pesawat Emirates didapati masih berada di kawasan parkir lapangan terbang tanpa sebarang pergerakan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (МАНВ) semalam mengesahkan 26 penerbangan telah dibatalkan, masing-masing melibatkan 13 penerbangan berlepas dan 13 ketibaan iaitu perkhidmatan terpilih ke dan dari destinasi Timur Tengah yang terjejas, serta beberapa laluan jarak jauh yang memerlukan pelarasan ruang udara.

MAHB turut memaklumkan bahawa keadaan masih tidak menentu dan tertakluk kepada penilaian keselamatan ruang udara serta syarikat penerbangan, dengan kemungkinan berlaku pelarasan jadual penerbangan.

Penumpang yang transit atau melakukan perjalanan melalui kawasan terjejas dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan secara terus dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang, bagi mendapatkan maklumat terkini.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) semalam memaklumkan penutupan ruang udara di beberapa bahagian Timur Tengah berkemungkinan menjejaskan operasi beberapa perkhidmatan penerbangan antarabangsa.

Menurut kenyataan CAAM, syarikat penerbangan yang beroperasi ke dan dari rantau yang terjejas mungkin berdepan kelewatan, penjadualan semula, perubahan laluan atau pembatalan susulan sekatan ruang udara yang sentiasa berubah dan pertimbangan operasi.

Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan siri serangan terhadap sasaran di Iran, termasuk Tehran pada Sabtu lepas.

Iran telah melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israel serta kemudahan tentera AS di Timur Tengah.

Ribuan penerbangan di Timur Tengah telah dibatalkan manakala ruang udara di rantau itu turut ditutup.

Syarikat penerbangan utama termasuk Malaysia Airlines, Qatar Airways, Saudia dan beberapa syarikat penerbangan yang berpangkalan di Abu Dhabi telah menangguhkan atau membatalkan beberapa penerbangan sejak Sabtu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

MYAirline Terima Pelaburan Dari Timur Tengah - Sumber

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Selesa Nyanyi Lagu Arab, Nuha Bahrin Ingin Tembusi Timur Tengah

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Faouzia, Suara Baharu Industri Muzik

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad