web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 8:35AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar berkata tiada keperluan pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar di Timur Tengah pada ketika ini memandangkan keadaan yang stabil dan dianggap selamat untuk dilawati.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Rabu berkata, ia akan terus memantau perkembangan di rantau itu dari semasa ke semasa dan telah menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya menghadapi situasi kecemasan.

"Sehingga 17 April, situasi di kawasan tersebut kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati.

"Kementerian Luar kekal komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara dan kementerian akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di Timur Tengah dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

Wisma Putra juga menggesa semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan tersebut untuk tetap berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.

"Adalah penting untuk mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara-negara yang terlibat.

"Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di negara yang berdekatan. Ini akan memudahkan komunikasi dan bantuan dalam situasi kecemasan," menurut Kementerian Luar.

Butiran maklumat Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terjejas adalah seperti berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran: No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb, nombor telefon:+98 21 880724444 / +98 21 88078606 atau e-mel: [email protected]/[email protected]

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan: No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street, Abdoun, Amman 11183, Jordan atau nombor telefon:+962 6590 2400 / +962 78590 2400 atau e-mel: [email protected]/[email protected]

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan: Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lebanon, atau nombor telefon: +961 71 380 063/+961 7677 2527 atau e-mel: [email protected]

Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq: Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al Jadria, Baghdad, Iraq atau nombor telefon: +964 786 497 0086 / +964 786 497 0087 atau e-mel: [email protected]

Pada Sabtu, Iran melakukan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohan Tel Aviv ke atas konsulatnya di Syria awal bulan ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Operasi KLIA T1 Terkawal, Majoriti Penerbangan Ke Destinasi Asia

3

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Bebaskan Semua Aktivis Tanpa Syarat, Jamin Keselamatan Mereka’ - Wisma Putra

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad