web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Bebaskan Semua Aktivis Tanpa Syarat, Jamin Keselamatan Mereka’ - Wisma Putra

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2025 8:29PM

Antara aktivis misi kemanusiaan FFCxTMTGM yang ditawan tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa awal pagi tadi - Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua sukarelawan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition X Thousand Madleens to Gaza (FFCxTMTGM) perlu dibebaskan serta-merta tanpa syarat. 

Jurucakap Kementerian Luar berkata, misi FFCxTMTGM ialah konvoi kemanusiaan yang berlayar secara aman bagi menghulurkan bantuan, khususnya perubatan kepada penduduk Gaza.

Tegas beliau, penahanan oleh rejim Zionis itu jelas mencabuli sistem perundangan kerana ia berlaku di perairan antarabangsa yang bukan milik mana-mana negara. 

“Israel perlu menghormati hak peserta sebagai sukarelawan misi kemanusiaan dan memastikan keselamatan serta maruah mereka terpelihara pada setiap masa,” katanya.

Mengesahkan sembilan rakyat Malaysia adalah antara yang ditahan, beliau berkata, keselamatan mereka adalah keutamaan kerajaan ketika ini.

“Kementerian telah mengarahkan semua perwakilan diplomatik Malaysia yang berhampiran dan di kawasan serantau untuk bersiap-siaga sepenuhnya.

“Mereka turut diminta mengambil langkah proaktif susulan insiden, termasuk menyelaras secara rapi dengan pihak berkuasa dan negara berkaitan,” katanya.

Jelas jurucakap itu, semua perwakilan diplomatik berkenaan sedang giat melakukan pelbagai usaha agar kesemua aktivis tersebut dapat dibebaskan pada kadar segera dengan selamat.

Malaysia katanya, mengecam keras pintasan dilakukan tentera Zionis ke atas semua kapal FFCxTMTGM awal pagi tadi.

“Ia adalah satu bentuk pencerobohan dan tindakan seumpama itu adalah perlanggaran serius terhadap undang-undang, termasuk undang-undang maritim, undang-undang kemanusiaan serta undang-undang hak asasi manusia antarabangsa,” katanya.

Tegas beliau, Malaysia tetap teguh dalam solidariti bersama Palestin dan tidak pernah gentar dalam menyatakan sokongan.

“Komitmen kerajaan tidak akan berubah dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan menghentikan genosid di Gaza,” katanya. - Getaran, 8 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Freedom Flotilla Coalition Dijangka Masuk Zon Kuning Dalam 24 Jam

3

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Tahan Aktivis GSF Perbuatan Zalim, Bebaskan Mereka Segera!’ - Anwar

4

Semasa 9 bulan yang lalu

GSF: Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad