web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Freedom Flotilla Coalition Dijangka Masuk Zon Kuning Dalam 24 Jam

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2025 8:42PM

Kamarul Zaman Shaharul Anwar pada sidang media perkembangan misi hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang turut disertai sembilan rakyat Malaysia dijangka memasuki zon kuning, iaitu 300 batu nautika dari pesisir Gaza dalam tempoh 24 jam, setakat petang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, misi itu yang membabitkan sembilan kapal termasuk kapal utama Conscience dan kapal pelayaran Umm Saad, dijangka memasuki zon merah dalam tiga hingga empat hari bergantung strategi pelayaran.

"Misi kali ini memfokuskan penghantaran wartawan antarabangsa, pakar perubatan dan aktivis ke Gaza. Kapal Conscience membawa bantuan perubatan dan makanan bayi bernilai RM500,000.

"Sekiranya kapal dibenarkan berlabuh di Gaza, doktor dan wartawan akan bertugas selama dua hari penuh di pantai Gaza," katanya pada sidang media perkembangan misi itu di sini hari ini.

Beliau berkata kapal Conscience turut membawa 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam anggota Jawatankuasa Pemandu FFC.

Lapan wakil Malaysia dalam kapal yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September ialah Ketua Delegasi Profesor Emeritus Dr Moha Alauddin Moha All; tiga doktor Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah Profesor Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar serta wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Seorang lagi doktor Dr Maziah Muhammad berada di kapal umm saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 September bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.

Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.

Sementara itu, sembilan wakil Malaysia itu dalam siaran langsung hari ini menyuarakan kesediaan menghadapi sebarang kemungkinan dan menegaskan semangat mereka tidak luntur walaupun berdepan cabaran getir.

"Kami sudah bersedia, cuma tidak pasti bila pintasan rejim Zionis akan berlaku. Kami berjanji menjaga satu sama lain dan akan kekal tenang tanpa sebarang provokasi sekiranya kapal dipintas tentera Israel.

"Kami kekal komited dan positif untuk menjayakan misi ini. Kami mahu masyarakat antarabangsa tahu bahawa Gaza tidak pernah dilupakan," kata mereka.

Untuk rekod, misi flotilla terdahulu pernah dipintas tentera Israel termasuk kapal Zaytouna (2016), AI-Awda (2018), Conscience, Handala dan Madleen (2024) yang menyaksikan penahanan sukarelawan serta tokoh antarabangsa dari lebih 40 negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad