Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MYAirline Terima Pelaburan Dari Timur Tengah - Sumber

Ekonomi Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jan 2024 3:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) memperoleh dan menandatangani perjanjian jual beli dengan pelabur dari Timur Tengah pada akhir Disember 2023, menurut sumber.

Sehubungan itu, sumber berkenaan yang tidak menyatakan nama pelabur berharap, MYAirline boleh melaksanakan usaha pada masa ini untuk menyambung semula operasi menjelang pertengahan tahun ini.

"Tindakan pertama yang diharapkan adalah pembayaran gaji dan bayaran balik kepada penumpang," menurut sumber itu kepada BERNAMA.

Memandangkan kini terdapat pelabur baharu, syarikat penerbangan itu dipercayai telah memohon kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk mendapatkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) bersyarat, seterusnya Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum menerima ASL sepenuhnya untuk beroperasi.

Justeru, BERNAMA menghubungi Mavcom untuk mendapatkan penjelasan mengenai permohonan ASL daripada syarikat penerbangan itu.

Mavcom memaklumkan hanya akan memulakan proses penilaian selepas menerima penyerahan lengkap.

"Bernama boleh menghubungi MYAirline untuk sebarang maklumat lanjut," katanya.

Mengikut Arahan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 6004 - syarat pengeluaran dan pembaharuan AOC bagi satu-satu kumpulan atau armada perlu merangkumi sekurang-kurangnya dua pesawat atau helikopter untuk operasi berjadual.

Bagaimanapun, spesifikasi itu boleh dikurangkan kepada satu pesawat atau helikopter bagi operasi bukan jadual.

Sementara itu, permohonan untuk ASL memerlukan sekurang-kurangnya 90 hari untuk diproses.

"Mereka perlu menyelesaikan hutang secepat mungkin untuk memulakan operasi seperti sebelum ini," kata sumber itu.

Ditanya sama ada syarikat penerbangan itu akan dikendalikan oleh syarikat antarabangsa atau syarikat tempatan, sumber itu memaklumkan pengambilalihan syarikat penerbangan di Malaysia memerlukan pemilikan 51 peratus pegangan saham Malaysia.

Biarpun telah memperoleh pelabur, masih tidak dapat dipastikan tempoh paling awal untuk melunaskan bayaran gaji kira-kira 900 pekerja dan bayaran balik kepada 117,000 penumpang yang terjejas.

Menurut Mavcom, sehingga 8 Januari 2023, pihaknya telah membantu seramai 4,304 pengguna untuk menerima bayaran balik melalui proses caj balik, manakala sebahagiannya lagi telah mula menerima bayaran balik daripada bank terlibat.

Mavcom turut menggalakkan supaya lebih banyak pengguna yang terjejas mengemukakan permohonan bayaran balik dengan bank terlibat atau menghubungi suruhanjaya itu, sekiranya memerlukan bantuan lanjut.

"Mavcom memberi penekanan membantu seramai mungkin pengguna yang terjejas untuk menerima bayaran balik akibat penggantungan itu, selain memastikan hak perjalanan udara pengguna dilindungi," katanya.

BERNAMA juga difahamkan masa depan sebilangan pekerja MYAirline masih menjadi tanda tanya.

"Pekerja ini telah berkhidmat dengan syarikat penerbangan berkenaan sejak ia mula beroperasi pada 1 Disember 2022. Bagaimanapun, perubahan terhadap pemegang saham dan pengurusan boleh menyebabkan beberapa perubahan ketara," kata Mavcom.

Sehingga 26 Jun 2023, MYAirline telah menerbangkan lebih sejuta penumpang dalam negeri, beberapa bulan selepas melaksanakan penerbangan sulungnya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia.

Syarikat penerbangan itu mencatatkan faktor muatan pada purata 91 peratus, selain menerbangkan lapan pesawat Airbus A320-200 sehingga 12 Oktober tahun lalu dengan prestasi ketepatan masanya melebihi 90 peratus.

Mengorak langkah dengan hanya dua pesawat, ia mempunyai kekuatan sembilan pesawat dalam tempoh operasi selama 11 bulan.

Pada 12 Oktober 2023, MYAirline mengumumkan penggantungan operasi berkuat kuasa hari yang sama atas alasan menghadapi tekanan kewangan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

2

Ekonomi 4 minggu yang lalu

Pelaksanaan Subsidi Bersasar Tidak Beri Kesan Kepada Pelaburan Asing - Tengku Zafrul

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

Sorotan

1

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

2

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

3

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

4

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

5

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

6

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

oleh Rafisqi Radhi