web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelaksanaan Subsidi Bersasar Tidak Beri Kesan Kepada Pelaburan Asing - Tengku Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 8:01AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan bakal haji ketika hadir ke Majlis Ihya Ramadan dan Iftar Perdana di Masjid Jamek Al Ansar Felcra Changkat Lada, Pasir Salak. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR SALAK - Pelaksanaan subsidi bersasar pada masa akan datang seperti yang dipertimbangkan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata, pelaksanaan itu sekiranya dilakukan tidak memberi kesan kepada pelaburan asing berikutan pelabur telah melabur dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata, pelabur lebih memberi fokus kepada polisi serta dasar negara yang konsisten sebelum membuat keputusan untuk membuat pelaburan dalam negara ini.

"Contohnya saya sebut sektor semikonduktor, yang bermula pada tahun 70-an, kini sudah 50 tahun dan itulah fokus bagi pelabur kita untuk melihat bagaimana dasar-dasar, polisi negara kalau konsisten mereka akan melabur.

"Dari segi kos kita masih lagi rendah berbanding negara lain kerana kebanyakan syarikat tidak dapat subsidi bersasar. Oleh itu, walaupun subsidi itu ditarik untuk syarikat besar, mereka dan juga pelabur akan membandingkan kita dengan negara lain, dan negara kita masih lagi menarik dari segi kos," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ihya Ramadhan dan Iftar Perdana di Masjid Jamek Al Ansar, Felcra Changkat Lada dekat sini, semalam.

Terdahulu, Tengku Zafrul menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan bakal jemaah haji pada majlis tersebut.

Sementara itu, mengulas berkenaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea (MKFTA), beliau berkata, kedua-dua pihak akan memulakan perbincangan di peringkat pegawai pada Mei depan.

"Kita bersetuju untuk memulakan rundingan sekali lagi kerana pada 2019 terdapat isu-isu yang kita rasa tidak berpihak kepada kita.

"Sebelum rundingan semula ini dilaksanakan, Korea Selatan telah bersetuju untuk beri pertimbangan dan memahami isu-isu sensitif, terutama dalam sektor yang kita rasa penting dalam negara. Mungkin lepas mesyuarat Mei ini saya boleh maklumkan semula," katanya.

Pada 26 Mac, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan memaklumkan Malaysia dan Korea Selatan menyambung semula MKFTA yang dijangka mampu meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara.

Menurut MITI, kedua-dua negara turut menyertai Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-Korea dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.

Mengulas berkaitan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam negara, Tengku Zafrul berkata, perbincangan beliau dengan pihak industri mendapati mereka yakin dapat mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini dan membina lebih banyak stesen pengecas atas faktor permintaan yang tinggi.

"Saya cuba pastikan kita dapat mencapai sasaran (yang ditetapkan)," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas EV beroperasi di negara ini menjelang 2025 seperti yang ditetapkan sebelum ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

MYAirline Terima Pelaburan Dari Timur Tengah - Sumber

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang