web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 6:11PM

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky (kiri) ketika bersama pemain-pemain di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHENGDU - Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.

Berdasarkan prestasi mereka di Piala Uber 2024 di sini, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky, berkata beliau kesal melihat pemain seolah-olah tidak mempunyai daya melawan tinggi sehingga gagal memberi tentangan diharapkan sewaktu berdepan pemain ranking lebih tinggi.

Malah, Rexy mendedahkan terdapat sebilangan pemain yang ‘lega’ terlepas daripada menjalani sesi latihan sebelum ini dengan alasan kecederaan.

“Cara fikir mereka sekiranya sakit rasa gembira, padahal orang lain kita lihat sehingga menangis dan menyesal tak main namun pemain kita rasa selamat boleh ponteng latihan.

“Jika tak boleh lawan diri sendiri, macam mana mahu cabar pemain lain,” katanya kepada pemberita selepas Malaysia menumpaskan Australia 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B, hari ini.

Justeru, Rexy menggesa pemain wanita negara untuk mencontohi jaguh Sepanyol dan pemenang emas Olimpik Carolina Marin yang sebelum ini bergelut susulan pembedahan lutut sebanyak dua kali, sebelum kembali ke puncak dengan merangkul gelaran All England 2024, Mac lepas.

Pakar beregu dari Indonesia itu juga kecewa dengan persembahan Siti Nurshuhaini Azman yang banyak melepaskan mata mudah dalam perlawanan menentang pemain nombor 20 dunia Busanan Ongbamrungphan 15-21, 8-21 sewaktu pasukan negara dibenam naib juara 2018, Thailand, 0-5, Isnin lepas.

“Saya perlu jujur kerana Siti Nurshuhaini tiada usaha untuk mengangkat semula pukulan lawannya, kita memang jangka dia kalah namun usaha itu mana,” katanya.

Selain Siti Nurshuhaini, turut beraksi pada saingan kali ini pemain profesional Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Wong Ling Ching dan Siti Zulaikha Muhammad Azmi.

Jin Wei, Ling Ching dan Siti Zulaikha menang sekali dalam perlawanan masing-masing di Chengdu, iaitu ketika membantu skuad negara mengatasi Australia, 4-1, awal hari ini.

Dalam pada itu, bekas juara Olimpik berusia 56 tahun itu berkata, skuad Piala Uber negara menyajikan aksi positif biarpun tumpas 1-4 kepada Taiwan dalam aksi pembukaan, namun merumuskan mereka terlalu 'menghormati' Thailand sehingga dibelasah 0-5, Isnin lepas.

“Kita mengharapkan cara fikiran mereka sebaik melangkah ke gelanggang lebih kepada 'tak rugi apa-apa' (nothing to lose) tapi jangkaan (itu) nampak lebih ditunjukkan pada aksi lawan Taiwan namun sangat berlawanan dengan lawan Thailand,” katanya.

Malaysia gagal layak ke suku akhir edisi kali ini selepas tumpas kepada Taiwan dan Australia. Kali terakhir skuad negara layak ke suku akhir adalah pada 2010.

Dalam pada itu, Rexy menyifatkan pemain perseorangan ketiga negara Justin Hoh menampilkan aksi mengagumkan sehingga berjaya mengheret pemain di ranking ke-26 dunia dari Denmark, Rasmus Gemke, ke set penentuan dalam perlawanan terakhir Kumpulan D Piala Thomas, malam tadi.

Justin, yang berada di kedudukan ke-233, tidak memberikan laluan mudah kepada Gemke sepanjang 76 minit permainan berlangsung sebelum pemain berusia 20 tahun itu dijinakkan 13-21, 21-19, 13-21, sekali gus menyaksikan Denmark mengatasi skuad negara 3-2 untuk muncul johan kumpulan.

Malaysia yang sudah mengesahkan tempat di suku akhir, memulakan kempen dengan dua kemenangan 5-0 mengatasi Hong Kong pada Sabtu diikuti Algeria, Isnin lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad