web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 8:09AM

gambar FB BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHENGDU (China) - Malaysia dijangka berdepan laluan getir apabila diundi bertemu Jepun pada perlawanan suku akhir Piala Thomas 2024 di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech di sini hari ini.

Dalam majlis undian di sini semalam, juara Kumpulan C dan juara 14 kali Indonesia diundi bertemu naib juara Kumpulan A, Korea Selatan, manakala tuan rumah China (juara 10 kali) bertemu India.

Jaguh Eropah Denmark akan menentang Taiwan untuk satu lagi saingan suku akhir.

Esok, aksi suku akhir Malaysia-Jepun dan China-India akan berlangsung jam 5 petang.

Perlawanan Indonesia-Korea Selatan dan Denmark-Taiwan akan berlangsung Jumaat ini.

Pada edisi lepas di Nonthaburi, Thailand dua tahun lalu, skuad Piala Thomas negara menamatkan kempen di suku akhir apabila tewas 3-2 di tangan India.

India muncul juara pada edisi tersebut selepas menewaskan Indonesia 3-0 di pentas final.

Malaysia memulakan kempen Kumpulan D dengan bergaya apabila membelasah Hong Kong Sabtu lalu dan Algeria pada hari berikutnya dengan keputusan sama 5-0 sebelum tunduk kepada Denmark, 2-3 semalam.

Mengulas mengenai undian tersebut, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky percaya perseorangan kedua dan ketiga negara mempunyai peluang sama rata dengan Jepun, walaupun kem perseorangan dianggap tidak mantap ketika ini.

"Peluang beregu pula 50-50. Apa yang perlu kita kuatkan ialah fokus, komitmen, psikologinya, itu sahaja yang kita perlu buat (sebelum suku akhir)," katanya kepada media Malaysia, di sini.

Pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia akan menjadi harapan negara untuk menyumbang mata pertama selaku satu-satunya pemain negara menduduki ranking ke-10 dunia, manakala yang lain berada di luar kelompok 30 teratas seperti Leong Jun Hao (37) diikuti Cheam June Wei (63) dan Justin Hoh di ranking ke-233.

Di atas kertas, Jepun berada di hadapan dalam kem perseorangan kerana mempunyai Kodai Naraoka (ke- 6 dunia) diikuti oleh Kenta Nishimoto (12), Koki Watanabe (21) dan bekas dua kali juara dunia, Kento Momota.

Perlawanan separuh akhir berlangsung Sabtu ini dan final pada Ahad. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Cabaran Beregu Campuran Negara Di Terbuka Malaysia Berakhir Di Suku Akhir

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Maghribi Mara Ke Suku Akhir Piala Dunia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar