web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cabaran Beregu Campuran Negara Di Terbuka Malaysia Berakhir Di Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 6:16PM

Tang Jie dan Ee Wei baru sahaja digandingkan sejak dua bulan lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA UMPUR - Cabaran beregu campuran negara pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 berakhir pada peringkat suku akhir selepas gandingan baharu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tewas kepada bekas juara dunia 2021, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, hari ini.

Bagaimanapun, pasangan negara yang baru sahaja digandingkan sejak dua bulan lalu di bawah jurulatih baharu, Nova Widianto, menampilkan aksi terpuji pada set pertama sebelum akur 21-19 dalam masa 19 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Pengalaman jelas terserah apabila pasangan ranking ketiga dunia dari Thailand itu mengambil masa 17 minit pada set kedua dengan keputusan 21-9 untuk melangkah ke separuh akhir bertemu pilihan ketiga dari Jepun, Yuita Watanabe-Arisa Higashino, esok.

Pasangan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo dari Jepun itu mengesahkan slot separuh akhir dengan menyingkirkan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dari Korea Selatan, 21-17, 21-17.

Bercakap kepada pemberita, Tang Jie-Ee Wei, jelas kecewa dengan penyingkiran di peringkat suku akhir tetapi yakin mereka mampu meningkatkan prestasi untuk mencapai misi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Kami melakukan banyak kesilapan dan ini memberi lawan ruang untuk menyerang. Kami hampir dalam set pertama, jika kami boleh memenanginya, mungkin keputusan akhir akan berbeza.

“Rasa gemuruh sebelum perlawanan adalah seperti biasa, kerana kami sentiasa mahu menang,” kata Tang Jie yang menghuni ranking ke-147 dunia.

Pasangan tersebut akan mengambil bahagian dalam Terbuka India minggu depan dan Cabaran Antarabangsa Iran, bermula 31 Januari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan