web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 5:02PM

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia ketika menyertai sesi latihan pasukan Malaysia bagi saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu Hi-Tech Zone Sports Centre, Chengdu, China hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHENGDU - Pemain profesional negara, Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.

Mengakui kelemahan kem perseorangan lelaki negara pada penampilan kali ini, pemain di ranking ke-10 dunia itu berkata, beliau akan menyerap situasi berkenaan dan sedaya upaya menggunak setiap detik dalam kejohanan diadakan di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China itu.

"Goyah tak goyah perlu main juga. Jika kita terus memikirkan pemain perseorangan kita goyah dan lemah, saya tak rasa ia membantu kita. Apa yang perlu saya lakukan, menikmati kejohanan ini," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini.

Tanpa kelibat Ng Tze Yong yang masih belum pulih sepenuhnya selepas pembedahan belakang, Malaysia tiada pilihan, selain mempertaruhkan juara Asia 2017 Leong Jun Hao kemungkinan turun sebagai perseorangan kedua, diikuti Cheam June Wei dan Justin Hoh pada kejohanan berprestij itu.

Zii Jia yang turun selaku perseorangan pertama berkemungkinan berdepan pemain di ranking ke-15, Lee Cheuk Yiu itu bertekad memberikan permulaan terbaik buat Malaysia pada perlawanan esok.

"Cheuk Yiu pastinya lawan yang sukar...kita semua tahu mata pertama adalah sangat penting tapi saya tidak mahu terlalu memberikan tekanan kepada diri saya," katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain itu, Cheuk Yiu menang dalam dua daripada tiga pertemuan dengan pemain berusia 26 tahun negara itu.

Sementara itu, kapten pasukan Soh Wooi Yik berkata, pemain beregu berada dalam keadaan terbaik dan bersemangat untuk memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kemenangan pertama buat Malaysia.

Bagi Aaron Chia pula berkata, semangat berpasukan sangat baik ketika ini dan berharap Malaysia memperoleh kemanangan menentang Hong Kong.

Selepas Hong Kong, Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan kelima akan berdepan Algeria pada Ahad sebelum melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan berentap dengan juara 2016 yang jaguh Eropah, Denmark.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar